Mukadimah

“Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya"

Wednesday, February 16, 2011

kisah mereka

- kenaper mesti bertemu setelah 6 tahun terpisah -
Dahulu cinta kita berbunga, sayang sepenuh jiwa
katamu hanyalah diriku buat selamanya...
sehingga kini ku masih sayang....
tapi mengapakah hilang dimata....
itulah kisah cintaku dan dirinya ...
kita terpisah tanpa direncana bukanlah kehendak kita
semua suratan takdir yang penuh dengan kesedihan
aku yang diajar tentang ketabahan
serta kesabaran didalam mencarimu
disini aku menyendiri susuri badai penuh liku
dan ada ruang ketika ku kebingunggan
terkapai-kapai mencari pengangan
didalam arus kehidupan...
ku yakin akan bertemu jalan penyudah...
tuhan yang lebih mengerti.....
itulah perumpamaan cinta aku dan dia
di pertemuan semusim yang lalu indahnya suasana
kehadiranmu sewangi haruman
mengasyikan perasaan ini
itulah perasaan aku pada dia
seperti mimpi perkenalan itu cuma seketika
namum didalam hati dirimu ku terkenang juga...
kisah aku dan dia
bermula pada suatu ketika..
bertemu dialam maya membawa kepada perjumpaan di alam nyata
dari situ dua hati menjadi satu..bersama menghadapi segalanya..
bahagia bersama.....gembira sentiasa, dia begitu menyayangi aku, berjanji akan bersama...tetapi takdir tuhan tiada yang tahu kami hanya mampu merancang tetapi segalanya telah tersurat yang mereka tidak ditakdirkan bersama
walaupun dia terlalu menyayangi aku tetapi keluarga lebih utama......
dan aku.....melewati hari-harinya tanpa dia..
hidup dalam kenangan dia.....cuba mencari yang lain tetapi..
adakah sama cinta yang dihulurkan...walau sama tapi tetap tak serupa..
aku mencari dan terus mencari...hingga aku akhirnya kalah dalam pencarian itu
dan akur juga pada pilihan keluarga...kini aku dan dia terlalu jauh terpisah masa dan keadaan..
tapi kini setelah 6 tahun berlalu kami di temukan semula pada tarikh 14 Februari ...pada ketika insan lain menyambut Hari kekasih .....indah bukan pertemuan itu....ternyata dia masih tidak melupakan aku..begitu juga aku....tapi kami ditemukan dalam keadaan yang berbeza...tp perasaan tetap sama.....Ya Allah.....ampunkan kami..tapi hanya kerana kami hambaMu yang dhaif perasaan itu tetap tidak dapat mereka jauhkan......
Ya Rahim...,
tetapkan hati kami pada apa yang telah kau kurniakan.....
Kau kekalkanlah ukhwah antara kami di dunia dan di kehidupan yang abadi
terima kasih Tuhan kerana temukan kami......

TRAGEDI FEBRUARI...

Kejadian..,
pagi tadi yang amat menyakitkan
aku tersepit pintu keta....
Ya Allah sakit tak terkata...
tiada air mata yang mampu aku alirkan
bengkak serta merta...pecah ke darah...pi kinik
doktor bagi ubat tahan sakit..
ubat demam takut aku demam....
aku kan memang tak tahan sakit,
tapi memang sakit sangat..
adoyai tapi nak buat mcm mana
dah tersuratkan..
apa yang akan terjadi kat aku
itulah Allah sayangkan aku
sentiasa uji aku ngan mcm2 dugaan
aku bersyukur kerana Allah sentiasa memerhatikan aku
itu tandanya dia x pernah lupakan aku..
tp sebagai hamba ada ketikanya aku terlupa akan Dia...
ya Allah ampunkan aku...janganlah kau palingkan aku dari perhatian Mu Ya Rabbi.....

Titip Pada Laut

pesanku dari jauh,
suarakan pada ombak, tak perlu terlalu resah
keran setiap geloranya adalah cerita kelukaan hidup,
biacarakan pada pantai, tak perlu selalu berubah
kerana yang setia itu lebih dihargai
bisikan pada bayu, tak perlu terlalu membelai
bimbang kasih sayangnya tiada yang menilai
rayu pada camar, tak perlu terbang jauh
kalau yang dekat lebih bermakna
titip pada salam laut, katakan aku teramat rindu
pada segala keindahan milik peribadinya...
siapa...???? lelaki itu..
ya dia..........kekasih hatiku.....

KESEJAHTERAAN

- orang istimewa bukan selalu di depan mata, yang sentiasa disisi tetapi... dia yang setia di hati &diingati dalam setiap bisikkan doanya. Jika hati sejernih air, jangan di biarkan ia keruh. Jika hati seputih awan, jangan biarkan ia mendung. Jika hati seindah bulan, kekalkan ia dengan iman. Jika hati seputih kapas cucilah ia dengan zikirulah-

Ya Allah,
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku,
bawalah dia jauh dari pandanganku
luputkanlah dia dari ingatan dan hatiku,
dan peliharalah aku dari kekecewaan
serta Ya Allah Yang Maha Mengerti
berikanlah aku kekuatan
melontar bayangnya jauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah
agar aku bisa bahagia walau
tanpa bersama dengannya.

Ya Allah,
Yang Maha tercinta
gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah ya tuhanku,
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
adalah yang terbaik buatku
kerana Engkau maha mengetahui
segala yang terbaik buat hambamu

Ya Allah,
cukuplah Engkau sahaja
yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat
dengarkanlah rintihan dari hambamu yang dhaif ini
janganlah Engkau biarkan aku sendirian
di dunia ini mahupun akhirat


Tuesday, February 15, 2011

RIndu

Rindu..
rindu bertandang lagi kekasih, pada musim2 bersamamu
setelah sekian lama perasaan ini tidak hadir..
kini perasan itu dtg lagi...
kalau dtg saja x pa..nie mengakibatkan aku jadi tak keruan
aku x suka....
tp nak buat mcm mana?
aku dah cuba untuk meng"ignore"
tp x boleh..
ishk..tlglah pergi jauh2 jgn kacau aku...
aku x suka
nak buat keje x boleh
nak makan x boleh
nak tido x boleh...
Ya Allah...tlglah aku..
hati aku berdebar2..
seolah2 aku dialam percintaan..
ya memang aku dialam percintaan
percintaan dengan suami aku....
tapi kenaper kini baru perasaan rindu ini datang .......
dtg dalam erti kata yang teramat..sedangkan sebelum nie
selalu aku merinduinyer....
pelik.....memang pelik......
tapi aku bersyukur padaNya
kerana aku dipilih untuk merasai perasaan itu..
kerana tidak semua orang yang terpilih
untuk merasai perasan itu..terima kasih

Terima kasih Ya Allah.........

Sekadar Salam

Salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW............
Semalam kita menyambut Hari Keputeraan Junjungan Besar kita.....
Setelah wafatnya Baginda..adakah kita sebagai umatnya menyambung perjuangannya ..
tetapi apa yang terjadi kini adalah sebaliknya
banyak sangat umatnya yang tersasar dari landasan yang sebenar....
kenaper.....jadi begitu??
Aku jadi takut mengenang apa nasib anak-anak aku nanti..
sekiranya generasi sekerang tidak berubah ...
berpandulah kepada kitab Al-Quran dan sunnah yang baginda tinggalkan kepada kita
sebagai panduan dalam menjalani kehidupan harian..
Wallahualam........renung2kan selamat beramal...

Tidakkah kita berasa gerun melihat balasan2 yang telah Allah turunkan kepada sahabat2 kita di negara jiran kita yang ditimpa bencana...sedarlah ....
p/s...pesanan untuk diriku jua....

Thursday, November 11, 2010

Agungnya Pengorbanan

Pengorbanan adalah melakukan sesuatu dengan penuh kerelaan hati hanya kerna Dia yang satu..juga dalam erti kata lain....kehilangan sesuatu yang kita sayang demi mencari keredhaanNya....

Bagi aku pengorbanan yang paling besar yang sedang aku lakukan kini ialah berjauhan dengan suamiku demi mencari rezeki untuk membahagiakan ibuku selagi dia masih ada didunia ini. Aku korbankan perasaanku....masaku...

Aku juga kagum dengan pengorbanan para2 sahabat dalam memperjuangkan agama walaupun nyawa jadi taruhan..adakah aku mampu melakukan itu semua....tidak mampu rasanya aku....