Mukadimah

“Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya"

Sunday, March 4, 2012

Proud to be MUMMY

Ku keudara lagi bersamu kembali..dengan rangkaian lagu-lagu....eh eh eh...ape yang aku melalut nie...ha agak lama jugak aku x membuat penulisan2u eh dah macam blog novel plak.......erm..actually skunk nie aku tengah gumbira sebab aku dah jadi ibu untuk seorang anak kecil yang diberi nama MUHAMMAD IKRAAM NAWFAL....ha khalifah kecil yang diutus olehNya buat kami untuk dicorakkan menjadi seorang anak dan umat yang soleh.

Aku dah rasa mcm mana berjaga malam....menjaga anak..takut kena ketik(gigit) oleh nyamuk durjana...semut yang haluih2...uish sayang ooo..bukan senang nak dapat anak ....rasa syok sangat.....walaupun berjaga malam....tidoq x cukup tapi siangnya tak rasa penat tak rasa ngantuk....nikmatnya kuasa Allah bagi pada insan2 yang bergelar ibu mcm aku....

Tengok gelagat anak kecil yang baru tengok dunia nie rasa bahagia......isgh tak tawlah nak cakap perasaan tue...rasa sendirilah baru rasa mcm mana....erm mcm anak aku //kecik2 dah pandai....bedung kaki tangan..xmau gheyau....nak tidoq teredang mcm tue......syok tgk......bila cium bau baby tue Allah sedapnya bau...rasa sayang sangat..sayang yang membuak2..sampai ayah dia pun duk tepilah..la nie anak keutamaan heeh sorry ye sayang.....

nak balik mai keja pun rasa sedey sangat........tak sanggup rasanya nak tinggai tapi apakan daya..ibu kena p keja cari makan untuk anak jugak, susu pampers semua nak beli pakai duit........hanya sabar jelah...hari2 tengok gambaq jelah..

Anak....ibu doakan anak membesaq jadi anak yang soleh ye...ayah kata nak antaq anak p sekolah tahfiz..harap anak suka la ye...........ibu rindu anak sangat,....tak sabaq nak jumpa minggu nie..yuhuuu

Tuesday, February 14, 2012

YEKE.....

Proses pengambilan anak angkat sebenarnya adalah amat senang namun tanpa sedikit pengetahuan ia akan merumitkan malah boleh menjerumus kita kepada kesalahan yang tidak sepatutnya berlaku. Anda boleh mendapatkan anak angkat dalam pelbagai situasi;
1) Mengambil anak daripada saudara-mara sendiri
2)Mendapatkan anak angkat daripada kenalan
3)Mendapat anak angkat daripada pusat perlindungan wanita/remaja.
4)Mendapat anak angkat daripada negara luar seperti yang pernah berlaku sebelum ini ramai mendapat anak angkat daripada negara Bosnia atau Palestin yang sedang bergolak.
5)Mendapat anak angkat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
6) atau mendapat anak angkat daripada kegiatan jual beli bayi........

Dari manapun anda mendapat anak ini perkara pertama anda harus lakukan ialah, pastikan latar belakang bayi atau kanak-kanak tersebut dahulu bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku kelak.
1)Pastikan bayi atau kanak-kanak tersebut datang daripada sumber yang sahih dan jelas.Tiada unsur jualbeli dan jenayah di sebaliknya. Jika anda menjumpai bayi dibuang laporkan segera kepada polis dan jangan menyimpan bayi tersebut bagi mengelakkan sebarang masalah.
2)Pasti tahap kesihatan bayi atau kanak-kanak tersebut bagi memastikan anda tidak menerima bayi atau kanak-kanak yang berpenyakit atau mempunyai kecacatan.
3) Pastikan bayi atau kanak-kanak itu mempunyai pendaftaran kelahiran yang sah. Jangan mengambil bayi atau kanak-kanak yang tiada sijil kelahiran kecuali ibunya masih ada. Agak sukar untuk mendaftarkan kelahiran tanpa bukti kukuh seperti adanya ibu kandung .
4)Setelah semua berada dalam keadaan baik, dapatkan satu consent daripada ibu kandung berkenaan dengan membuat satu surat akuan bersumpah dihadapan pesuruhanjaya sumpah. Anda juga boleh dapatkan akuan penyerahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara.
5) Laporkan juga di Jabatan Kebajikan Masyarakat sebaik sahaja anda menerima bayi dengan tujuan untuk dijadikan anak angkat.

Apa akan berlaku selepas itu?
Sekiranya anda seorang Muslim, mengikut Akta Pendaftaran Pengankatan 1952 anda perlu menjaga seorang bayi atau kanak-kanak selama tempoh 2 tahun sebelum memohon untuk menjadikannya anak angkat yang sah. Pendaftaran anak angkat melalui Akta Pendaftaran Pengankatan ini tidak  menghilangkan hak ibubapa kandung terhadap anak tersebut sepertimana yang sepatutnya.
Apabila cukup 2 tahun anda perlu pergi semula ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk proses permohonan sijil pengankatan yang sah. Sekiranya dokumen anda lengkap dan tiada tuntutan daripada pihak ibubapa kandung, JPN akan mula memproses permohonan anda. Namun sebelum itu mereka akan memohon supaya Jabatan Kebajikan Masyarat menyediakan satu laporan mengenai keadaan sosial keluarga pemohon. Laporan ini bertujuan untuk mengetahui latar belakang pemohon dan sealan itu memastikan kanak-kanak dijaga dengan baik dan tidak berlaku sebarang penderaan, pengabaian atau perkara tidak sepatutnya berlaku kepada seorang kanak-kanak. Jika laporan anda negatif  kemungkinan besar permohonan anda boleh ditolak oleh panel JPN dan kanak-kanak akan diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dikembalikan kepada keluarga asal. Ini adalah worse case scenario. Sekiranya semua berjalan lancar, permohonan anda akan diterima dan anda akan diberikan sijil pengankatan yang sah.


Masalah yang biasa dihadapi oleh pemohon...
1)Kekurangan pengetahuan- mengambil anak angkat tanpa memeriksa latarbelakang, ketiadaan sijil daftar kelahiran dan tiada akuan bersumpah.
2)Sengaja melengah-lengahkan proses permohonan anak angkat.
3) Kehilangan dokumen penting seperti surat beranak atau surat akuan bersumpah.
4)Anak diambil secara tiada persetujuan bersama- ibubapa kandung menuntut kembali anak dalam tempoh jagaan 2 tahun.
5) Melakukan pengabaian dan penderaan terhadap kanak-kanak.
6) Terlibat dalam kes jenayah dan terjerumus kepada masalah kewangan yang serius.

Tanggungjawab anda tidak tamat selepas mendapat sijil pengankatan bayi atau kanak-kanak tersebut. Malah menjadi semakin berat untuk anda galas tanggugjawab ini bagi menjaga amanah yang diberikan. Selain kasih sayang , ekonomi, perancangan masa hadapan kanak-kanak juga harus difikirkan dengan sebaik-baiknya. Pastikan anda mengikuti segala prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan dalam proses pengambilan anak angkat sekiranya tidak mahu timbul masalah di kemudian hari. Prosedur yang digariskan diatas adalah untuk kes permohonan anak angkat seperti dibawah Akta Pendaftaran Pengankatan 1952 dan terpakai kepada pemohon beragama Islam dan boleh juga digunakan oleh orang bukan Islam. Sekian.
p/s- ini bukan nasihat secara profesional dan anda digalakkan berjumpa dengan pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarat untuk mengetahui lebih lanjut tentang proses ini.

Sunday, February 12, 2012

Muhammad Ikraam Nawfal..

Diciptakan seorang khalifah...sesuci kain putih yang belu dicorakkan......diciptakan dia melalui orang lain untuk diberikan kepada insan yang lain yang memerlukan..

Muhammad Ikraam Nawfal, 
anak umi yang dilahirkan pada 8 Februari 2012, sayang umi pada anak tetap sama mcm anak sendiri...anak jangan risau ye sayang.....umi akan didik dan jaga anak dengan penuh kasih sayang dan sedikit ketegasan..bukan nak garang sekadar nak mengajar....umi x sabar nak tgk wajak anak umi nie.....sekarang umi x dapat balik tgk anak sebab umi kene keje..once anak dah keluar dari wad...umi pegi tgk anak ye...sekarang kalau umi pegi pun..umi x boleh tgk anak...anak duduk dengan mama dulu k..jangan noty2 k.......mama bagi tahu..anak nakal.....bagi susu....berak pulak....makan atas keluar bawah..mcm mana nie..nakal anak umi ye.......tido pun buas mama cakap..hbs tercabut sarung tangan yang mama pasang..nanti umi beli baju banyak2 kat anak k....beli mainan....beli apa je yang anak nak je....t umi balik kl ..anak duduk ngan tok k........jgn susahkan tok...tok dah tua x larat .....nanti kalau umi dapat tukaq keja kat sana...umi jaga anak k......anak duduk dengan tok dan papa..papa ada dengan anak.....anak kena kuat dan jadi anak yang soleh taw bila besar nanti......insyaallah kalau anak dapat adik..jadi abang yang baik untuk adik2 ye...t umi pegi klinik jupa doktor untuk bagi umi ada susu..nanti mi boleh susukan anak.......so aantara kita dah jadi mahram...so taklah batal air semayang kita kan.....hhehehehe....suke umi..x sabar umi nak balik..nak peluk, nak tidor dengan anak.....sekarang anak duduk dengan mama,..jgn susahkan mama ok..sebab ama asih x sihat tue....lepas lahirkan anak....papa cakap nanti besar nak anak jadi tahfiz....nanti boleh berdoa untuk umi, papa, mama, abah, atok bila kami dah takder nanti....

Oklah anak, umi undur diri dulu..nanti ada kelapangan umi menulis lagi ye.....

Salam sayang penuh kerinduan buat anak umi,

Muhammad Ikraam Nawfal..//..

Monday, January 30, 2012

SADAR DENGAN SEBUAH KEHILANGAN



Trend hidup saat ini memaksa siapapun untuk menatap dunia menjadi begitu mengasyikkan. Serba mudah dan mewah. Sebuah keadaan dimana nilai kucuran keringat tergusur dengan kelincahan jari memencet tombol. Dengan bahasa lain, dunia menjadi begitu menerlenakan.

Tidak hairan jika gaya hidup perkotaan menggiring orang menjadi manja. Di suasana serba mudah itulah, WAKTUmenjadi begitu murah. Detik, minit, jam, hingga hari, bisa berlalu begitu saja dalam gumulan gaya hidup santai.

Sayangnya, tidak sedikit yang gemar membelanjakan WAKTU cuma buat yang remeh-temeh. Dan penyesalan pun muncul ketika jatah WAKTU dicabut. Tanpa pemberitahuan, tanpa teguran.

Allah سبحانه وتعالى berfirman,

“Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (dari Allah سبحانه وتعالى).” (Al-Anbiya’: 1)

TANPA TERASA, KITA KIAN JAUH DARI KETELADANAN RASUL DAN PARA SAHABAT

Pergaulan hidup antara manusia memunculkan tarik-menarik pengaruh. Saat itulah, tanpa terasa, terjadi pertukaran selera, gaya, kebiasaan, dan perilaku. Semakin luas cakupan pergaulan, kian besar gaya tarik menarik yang terjadi.

Masalahnya, tidak selamanya stamina seseorang berada pada posisi prima. Kadang bisa surut. Ketika itu, ia lebih berpeluang ditarik daripada menarik. Tanpa sadar, terjadi perembesan pengaruh luar pada diri seseorang. Pelan tapi pasti.

Suatu saat, orang tidak merasa berat hati melakukan perbuatan yang dulunya pernah dibenci. Dan itu bukan lantaran keterpaksaan. Tapi, karena adanya pelarutan dalam diri terhadap nilai-nilai yang bukan sekadar tidak pernah dicontohkan Rasul, bahkan dilarang. Sekali lagi, perlahan tapi pasti (Slowly But Surely).

Anas bin Malik pernah menyampaikan sebuah ungkapan yang begitu dahsyat di hadapan generasi setelah para sahabat Rasul. Anas mengatakan,

♥ ♥ ♥ ♥ “Sesungguhnya kamu kini telah melakukan beberapa amal perbuatan yang dalam pandanganmu remeh, sekecil rambut; padahal perbuatan itu dahulu di masa Nabi kami anggap termasuk perbuatan yang merusak agama.” (Bukhari)

TANPA TERASA, KITA JADI BEGITU ASING DENGAN ISLAM

Pelunturan terhadap nilai yang dipegang seorang hamba Allah terjadi tidak serentak. Tapi, begitu halus: sedikit demi sedikit. Pada saatnya, hamba Allah ini merasa asing dengan nilai Islam itu sendiri.

Ajaran Islam tentang ukhuwah misalnya. Kebanyakan muslim paham betul kalau orang yang beriman itu bersaudara. Saling tolong. Saling mencintai. Dan, saling memberikan pembelaan. Tapi anehnya, justru nilai-nilai itu menjadi tidak lumrah.

Semua pertolongan, perlindungan, pengorbanan kerap dinilai dengan kompensasi. Ada hak, ada kewajiban. Ada uang, ada pelayanan. Tiba-tiba seorang muslim jadi merasa wajar hidup dalam karakter individualistik. Bahkan, tidak tertutup kemungkinan, seorang dai merasa enggan berceramah di suatu tempat karena nilai bayarannya kecil. Sekali lagi, tak ada wang, tak ada pelayanan.

Firman Allah سبحانه وتعالى

♥ ♥ ♥ ♥ “Dan sesungguhnya jika Kami menghendaki, niscaya Kami lenyapkan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu, dan dengan pelenyapan itu, kamu tidak akan mendapatkan seorang pembela pun terhadap Kami, kecuali karena rahmat dari Tuhanmu ….” (Al-Isra’: 86-87)

TANPA TERASA, KITA TAK LAGI DEKAT DENGAN ALLAH سبحانه وتعالى

Ketika seorang hamba melupakan Tuhannya, Allah akan membuat orang itu lupa terhadap diri orangnya sendiri. Ada krisis identitas. Orang tak lagi paham, kenapa ia hidup, dan ke arah mana langkahnya berakhir.

Maha Benar Allah dalam firman-Nya,

♥ ♥ ♥ ♥ “Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Al-Hasyr: 19)

Tuesday, January 24, 2012

3 IN 1 BAHAYA




Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Shariza Abd. Razak berkata, walaupun ada minuman itu dikatakan menganduni ginseng atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga namun kandungannya amat sedikit.
“Ia tidak member sebarang kesan dalam penjagaan kesihatan sebaliknya ia mengandungi gula yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.
“Namun ramai yang tidak menyedarinya kerana ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Semalam.
Menurut Shariza, selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan minuman 3-in-1 yang dijual di pasaran juga menggunakan krimmer susu bukan tenusu iaitu yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit.
Katanya, krimmer tersebut merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.
Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius.
Sementara itu, Shariza menjelaskan, antara factor yang menyebabkan minuman 3-in-1 menjadi pilihan ramai ketika ini adalah disebabkan kosnya yang murah iaitunantara 50 sen hingga RM1 bagi setiap paket.
Menurutnya, gaya hidup masyarakat yang sering sibuk dan terikat dengan jadual kerja harian turut memainkan peranan mempopularkannminuman itu kerana ia mudah dibancuh walaupun di tempah kerja.
Beliau bagaimanapun menegaskan, pengambilan minuman tersebut bukannya tidak dibenarkan tetapi perlu diambil secara sederhana dan turut diseimbangkan dengan makanan lain.
Info Kandungan minuman 3-in-1:
  • Mengandungi lebih tiga sudu the gula dalam setiap pek.
  • Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
  • Selain gula, krimmer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan
  • Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
  • Setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori.
  • Jumlah kalori itu sama dengan dua keeping roti atau sepinggan nasi.
  • Jika diambil tiga paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.
  • Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperoleh.

Tuesday, January 17, 2012

XTVT Hujung Minggu

Hahahha..minggu yang best.....

Hari ahad yang lalu...hari DLCW menang Malaysia Open tue.., malam tue BAM (Badminton Ass Malaysia) buat Malam Jasamu Dikenang untuk semua bekas2 atlet Badminton yang berjaya mengharumkan nama negara. Dapatlah tgk atlet2 yang aku tak penah kenai...masih sihat depa semua....sukalah kan bila ada pihak yang masih meghargai jasa depa pada negara. Aku jadi penyambut tetamu,...wah mak suka nok s ebab dapat jumpa Tun Mahathir dengan Tun Siti Hasmah....dapat jumpa Datin Paduka Seri Rosmah.......dan VVIP yang lain....






Wednesday, January 11, 2012

Tahun 2012

Hahahaa.....hari nie dah 12 hari kita ditahun baru, rasa mcm kejap jer kan.....dah agak lama aku tak mengupdate blog aku nie...dah nak bersawang balik ja...bukan apa x ada mood nak menulis ja.....

Banyak jugak citer-citer menarik yang berlaku...oklah2 aku nak mulakan dengan azam tahun baru.. rasanya aku tak ada azam kot....every year pun azam x penah nak capai ..asyik postpone ja dari tahun dulu2....rasanya baik xyah ada azam kan..cumanya ingin memperbaiki apa2 yang kurang dari tahun2 sebelum nie ja..

Lately nie aku tengok., dunia makin haru biru dengan agenda politik..politik dan politik...boring dowh....ada juga bencana alam sana sini....syukurlah bumi Malaysia x kena sama bencana alam yang teruk2..cuma skiti2 ja DIA kasi...

Erm... aku cuma x sabaq skit bila masuk tahun 2012 nie kan apa......insyaAllah ada rezeki bulan nie dapat durian runtuh ja..tue yang x sabaq tue....heheheh sambil2 tue bulan Mac nie pun insyaAllah ada rezeki untuk aku ngan laki aku .....harap menjadilah apa yang telah dibincangkan tue...dah kalau lembu pegang pada talinya..manusia kenalah pegang pada janjinya kan...

Korang tolong2 lah doakan moga harapan aku tue menjadi kenyataan...rasanya itu ja yang aku nak dalam tahun 2012 nie...

rasanya itu jalah yang aku nak kongsikan dengan korang semua buat    permulaan nie..sok lusa ada masa yang terluang aku kongsikan lagi ye.....

oppps sebelum terlupa aku nak kongsikan satu citer dengan korang..

Citer nie berlaku pada ahad lepas (8/1/2012) aku ngan family akak aku pi pasar besar meru, klang...kami p beli ikan, then sarapan terus kat situ..tgh makan2..datanglah sorang aso (makcik tua bangsa cina)datang minta sedekah....abang ipaq aku suruh dia blah, x mau bagi la kat dia kan..apa burung bagi sedekah kat dia...then dia pun blah p duduk kat hunjung kedai makan tue..tetibe dia wak keluaq handpon..amboi..minta sedekah pun boleh pakai handpon...canggih la jugak tepon dia....kami tengok terlopong....hantu tul aso nie......so moral of the story..jangan percaya kat peminta sedekah nie......

Citer kedua berlaku pada 10/1/2012, aku pi joging ngan anak menakan aku kat Taman Bukit Jalil...bila kami sampai ke sana...tgh bz2 cari paking..nampak sebijik teksi nie...ingat tuan teksi nie joging jugak...rupanya dia duk joging dalam teksi tue ngan awek dia....huhhuhuh....rasa korang faham kot no...hishk.....apa pun x boleh..tempat public mcm tue pun sempat lagi nak buat maksiat....pastue kami pun teruslah p joging.....dalam masa sejam pas tue kami datang balik kat kete...lor depa x hbs lagi joging dalam keta.....hebat tul...x taw malu tul...orang keliling.....depa boleh lak selamber....aku pun xtawlah...apa punya turr......

hadoi mintak simpanglah....takut mak nok...oklah tue je rasanya citer best yang aku nak kongsi dengan korang semua...daaa..

renung2kan selamat beramal..