Mukadimah

“Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya"

Tuesday, August 20, 2013

Mimpi itu datang lagi



malam tadi mimpi indah itu datang lagi...
harap malam ini dan malam malam seterusnya pun datanglah lagi
tak sabar rasanya menunggu bulan muncul kembali
untuk aku bertemu dengan mimpi indah itu lagi
walau dalam dunia nyata kau tidak lagi ku temui
tapi dalam mimpi pun sudah membuatkan rindu padamu hilang
sesungguhnya aku sangat sangat merindukanmu.....



Tuesday, July 16, 2013

Sukan Malaysia 2013 Kuala Lumpur


Assalam semua ..
dah lama x menulis disinikan asyik paste jer kan.so entry kali ini aku nak citer pasal Sukan Malaysia a.k.a SUKMA baru-baru ini ala buat kat KL je..base kat UPM ooohhh ..lupa nak citer...SUKMA ini every year ada tapi untuk tahun ganjil je buat kat Kl..tahun genap buat kat negeri..contoh untuk tahun 2013 nie buat kat KL..then tahun 2014 buat Perlis..ha mcm tuelah..So tahun nie aku terlibat lagi sekali tapi berubah Jawatankuasa jer..macam tahun 2011 aku kena jawatankuasa penginapan so tahun nie aku kena Jawatankuasa Pengangkutan plak...secara personal memang best duduk ngan jawatankuasa pengangkutan ini...aku plak kena jaga sukan Kabaddi ngan gimnastik...mcm2 jenis ragam manusia nak kena hadapi..tapi alhamdulillah semua dapat aku tempuhi dengan penuh sabar...hehhe......aku malas nak citer panjang so aku letak gambar je so korang layan jelah gambar2 nie yer...


Nie antara sahabat2 dalam jawatankuasa nie...from left Abg Tzudin, tgh Along,..then paling depan Pak Nan

Polis2 trafik yang membantu eskot bas2 kami yang bawa atlet ke venue pertandingan 

Banyakkan motor polis nie...
suasana di padang kawad (tepat bas berkumpul)


 Dinner dengan polis di Tasik Impian

KAmi di PAdang Rugby (Final)

Tuesday, June 18, 2013

MENANTI DI BARZAKH

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
 Kini Aku Merasakan
 Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,