Mukadimah

“Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya"

Tuesday, August 16, 2011

Carilah lailatul Qadar


"Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan". (al-Qadar: 3)
Menurut kebanyakan ahli Tafsir, ayat ini memberi pengertian kepada kita bahawa beramal pada malam al-Qadar atau lailatul-Qadar lebih baik dari beramal selama 1000 bulan yang tidak ada lailatul-Qadar (malam al-Qadar) di dalamnya. (Rujuk: al-Asas fi at-tafsir, Said Hawa, surah al-Qadr)
"Sesiapa bangun (untuk mengerjakan ibadah) pada malam al-Qadar kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan ganjaran dariNya, akan diampunkan dosanya yang lalu". (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Menurut penjelasan beberapa hadis Rasulullah s.a.w., lailatul-Qadar ini terdapat di sepuluh malam terakhir Ramadhan iaitu pada malam-malam ganjil darinya. Kerana itulah, Rasulullah menggiatkan ibadahnya pada malam-malam tersebut termasuklah beriktikaf di masjid sebagaimana yang telah kita jelas tadi. Sabda baginda;

"Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan". (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah r.a.)
"Carilah lailatul-Qadar pada malam-malam ganjil dari sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan". (Riwayat Imam Bukhari)
Menurut ulama', sekurang-kurangnya qiyam lailatil-Qadr (yakni bangun mengerjakan ibadah pada malam al-Qadar untuk mendapatkan kelebihannya) ialah dengan seseorang itu menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Subuh berjamaah. Ini kerana Rasulullah s.a.w. bersabda dalam satu hadisnya;

"Sesiapa menunaikan solat Isyak berjamaah, maka ia seolah-olah bangun berqiyamullail separuh malam. Dan sesiapa menunaikan solat subuh berjamaah, maka ia seolah-olah bangun berqiyamullail keseluruhan malam". (Riwayat Imam Muslim dari Ustman r.a.)
Namun demikian, yang paling sempurna ialah dengan memenuhi keseluruhan malam atau sebahagian besarnya dengan solat, bacaan al-Quran, zikir atau seumpamanya dari jenis-jenis ketaatan. (Rujuk: at-Tajul Jami' Lil-Ushul, Syeikh Manshur 'Ali Nashif, jil. 2, hlm. 80)

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاْخِرِ مِنْ رَمَضَاْنَ
"Carilah lailatul-Qadar pada malam-malam ganjil dari sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan".
(Riwayat Imam Bukhari) 

HATI....







DIA

aku rindu kamu...rindu sangat...........aku sayang kamu.....sayang sangat

* tetibe teringat dialog Khuzairie untuk isterinya Mia Adriana ~ Abang Sayang Isteri Abang nie ~

Monday, August 15, 2011

Mereka Yang Tertewas

secebis KASIH membuat kita SAYANG..seucap JANJI membuat kita PERCAYA..sekecil LUKA membuat kita KECEWA..tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA--

Aku nak citer pasal seorang hamba Allah nie.(A + B).ya boleh dikatakan dorang nie best prend gakla ala2 BFF...dorang kawan dah lama almost 13 tahun lalu.....walau lama terpisah tapi FB dan Celcom yang mendekatkan dorang..A dah berkahwin dan punya anak 2...hubby dia nie  x kenal sangat kawan dia nie (B) but si A selalu citer pasal B kat hubby dia...depa kawin pun bukan orang paksa tapi dek kerana cinta.." u jump i jump lah" konon.....tapi ujian Allah tak siapa boleh duga, boleh halang....

Tapikan ...hati dan perasaan manusia siapa boleh halang untuk berubah..mcm A nie...dia nie nak kata lawan x lawa mana pun..tapi body mantap + tinggi lampai.....+ lagi dia nie peramah so sapa2 pun senang mesra ngan dia. B nie tau A nie ramai peminat, tapi x sangka sampai mcm tue sekali si A nie...Walau lama x jumpa tp A selalulah hello si B nie citer pasal masalah dia nie..masalah dia nie ngan jantan2 lain duk syok kat dia lah..ishk macam mana nak cakap ek.... sungguh si B  x sangka taw dengan cerita terbaru yang si A citer dengan dia. 

Yelah...dia telah terberkenalan dengan sorang mamat nie, oklah berkenalan for prend x prend xper...nie dah melangkau ke satu fasa yang x boleh dibuat oleh seorang WANITA yang dah BERKAHWIN.dan si B nie palinng terkejut beruk, beruk x terkejut mcm Si B ialah bila Si A buat pengakuan iklhas dorang dah TER..... Nauzubillah...Laknat dan berdosa besarlah seorang isteri itu andai berzina dengan lelaki lain..(Pesanan untuk diri aku juga yang bergelar ISTERI).

Dia sanggup menipu husband dan family dia mengatakan dia outsation sedangkan dia berjumpa dan bersama lelaki iitu. Ya Allah kau bukalah hati SI A nie untuk kembali ke jalanmu Ya Allah..so sekarang mamat tue nak bertanggungjawab atas segala keter......an mereka tue. Masalahnya si A nie tak pernah bagi tahu mamat nie yang dia adalah somebbody wife.Ishk2 pening kepala hotak , A minta nasihat B, tapi bila B bagi nasihat tapi dia kata x boleh plak, sayanglah bagai..dah tue nak buat mcm mana

B takut oneday bila laki dia dapat taw, jahanam........YA Allah. tolonglah hambamu iitu dari terus leka dengan keindahan yang dia cipta............sedarkan dia bahawa apa yang dia buat tue adalah salah dan berdosa besar...

dan B sebagai seorang sahabat hanya mampu berdoa agar A kembali ke pangkal jalan....AMIN

InsyaAllah...... 

Tuesday, August 9, 2011

~ Manusia ~

Manusia....dijadikan Allah  sesempurna ciptaanNya...dibekalkan dengan Akal yang waras untuk berfikir.....dibekalkan tubuh badan yang sihat untuk beribadat kepada Nya...tapi masih ada yang alfa dengan tuntutan dunia hingga lupa tuntutan akhirat yang kekal abadi..Kita sering bertanya kenapa Allah menguji kita dengan macam-macam dugaan, kenapa doa kita tidak dimakbulkan....pernah tak kita bertanya kepada diri kita sendiri, pernah tak kita bersyukur dengan apa yang telah Dia kurniakan kepada kita..., pernah tak kita luangkan sedikit masa untuk sujud padaNya...tepuk dada tanyalah iman...di akhir-akhir zaman ini, tidak takutkah kita sekiranya kita tidak sempat untuk berubah kembali ke jalanNya. apa akan jadi pada kita....Nauzubillah...

nie aku nak citer tentang manusia yang aku tengok dikeliling aku. macam-macam perangai yang aku jumpa. Yang gedik, yang mengada-ada, yang poyo ishk mcm2 lah ...manusia yang tak sedar diri pun ada, yang lupa daratan pun ada.....


nie aku nak citer tentang dua manusia yang aku jumpa....citer nie mengisahkan tentang hati..mcm x kena ja kan ngan tajuk entry nie manusia..tp xpalah ....
kisah dia mcm nie..mereka nie ditakdirkan bertemu tanpa dirancang, tanpa diduga, semuanya bermula kerana tuntutan kerja..mereka nie ku gelarkan uda dan daralah kan senang citer...tiap-tiap hari aku perhatikan mereka.....bahagianya mereka, si uda nie amik berat kat si dara, begitu juga si dara..hari2 uda belikan dara makanan...depend pada masa dia masuk keje, kadang2 dibelikan ais krim, dibelikan goreng pisang...dari sehari perasaan rakan sekerja bertukar menjadi sebaliknya. Ingat si dara hanya bertepuk sebelah tangan..rupanya tidak..si uda pun sama. setiap hari mereka berjumpa.....sehari tak jumpa masyaAllah rindu...kebahagiaan itu tak x kekal lama, dalam 2 minggu sahaja..akhirnya perpisahan terjadi juga antara mereka lantaran masa. Tapi ingatkan hubungan itu terhenti begitu sahaja, rupanya berlaruta sehingga masing2 kembali kepada kerja masing2..hari2 telepon menjadi perhubung antara mereka....begitu gembira hidup mereka, tetapi panas yang disangka hingga ke petang..rupanya hujan ditengahari.., si uda berubah menjadi manusia yang cepat melatah...apa yang dibuat si dara semuanya salah dimata si uda...pening kepala si dara memikirkan. hingga si uda meminta si dara jangan menghubunginya lagi.....lantas marah dengan kejadian itu, si dara telah mengdeletekan semua kenangan dengan si uda...


Suatu hari uda menghubungi dara untuk berjumpa kerana hendak mengambil barang dari si dara..oooh time nak amik barang pandai plak di uda nie menghubungi si dara.....si dara pun datang mengdapatkan si uda, sekali si uda datang dengan wanita lain....hati si dara sudah menjangkakan perubahan di uda ada kaitan dengan insan ketiga. berubah benar si uda...tapi dara x pernah berputus asa, still menghubungi uda, tapi jawapan nyer begitulah sentiasa di marahi....


Pesanan kepada manusia seperti uda janganlah buat begitu, kerana one day kita akan dilakukan seperti itu...kesian si dara. buat si dara, sabarlah.....tidak rugi meninggalkan manusia seperti uda......  



Monday, August 8, 2011

Air mata Bunuh Bakteria



Para saintis menjelaskan bahawa menangis bukan sekadar ungkapan emosi namun ia juga baik untuk kesihatan tubuh individu. Malah kajian-kajian juga membuktikan bahawa tangisan memiliki efek penyembuh. Situasi ini berlaku kerana air mata mampu membunuh bakteria pada mata sekali gus membersihkan mata dan meningkatkan daya penglihatan. malah aliran air mata akibat luahan emosi kaya dengan protein dan beta-endorfin yang berupaya menghilangkan kesakitan secara semula jadi. Selain itu, menangis juga boleh dijadikan cara untuk melepaskan ketegangan. Tangisan membantu memberikan ketenangan batin dan membuatkan individu melihat situasi dengan lebih jelas dan tenang.

Tip Elak Berbelanja Secara Impulsif

Korang tahu tak mcm mana nak kawal perbelanjaan kita dari terjebat memberli mende2 yang kurang penting yakni berbelanjaan mengikut kehendak bukan keperluan (teori ekonomi plak, maklumlah dulu amik eko).Sikap berbelanja secara impulsif (mengikut nafsu dan tergesa2)  merupakan jalan singkat untuk kita menuju ke arah krisis kewangan. Ramai antara kita memiliki sikap macam nie nak2 time sekarang nie juala murah sana sini. Kita beli ja tanpa pikiaq penting atau x barang yang kita beli tue. Semalam PM baru umum bonus..ermm lagi lah cik2 kiah nie bersoping x hinggat.yelah nak raya pulak tue kan.....Ok..aku nak kasi tips nie agar kita tidak berbelanja secara impulsif :

a) Senaraikan barangan yang diperlukan beserta bajet yang diperuntukkan pada sekeping   kertas. When kita kuar soping, pastikan kita bawa kertas tue dan beli dalam lingkungan harga yang tercatat dalam kertas tue sahaja.Kalau lebih jgn beli.....

b) Ambil masa untuk berpikir secara rasional. Tanya diri anda adakah ia merupakan satu keperluan penting dan berbaloi untuk dibeli. 

c) Bersikap lebih kritis yakni menimbang baik buruk cara berbelanja. Utamakan yang utama sebelum mengutamakan yang lain.

d) Minta pendapat orang terdekat. Pendapat yang jujurlah.

e) Gunakan wang tunai.jangan gunakan kad kredit, kerana menggunakan wang tunai mengakibatkan anda merasa pengaliran wang so anda akan rasa sayang pada duit yang asyik duk kuar..so anda akan stop  membeli..

hahahaha..ok x tips yang aku bagi..kebanyakkan tips nie telah aku praktikkan......