Mukadimah

“Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya"

Thursday, October 18, 2012

Fitrah seorang hamba






Akhir-akhir ni aku kerap bermusafir, bukan pergi ke luar, tapi perjalanan ke dalam diri ku sendiri. Aku meneroka hidup yang aku jalani sejak aku dilahirkan, hingga usia mencecah 31 tahun ni. Dan akhirnya, satu soalan aku timbulkan pada diri sendiri, KENAPA? Kenapa aku melakukan semua yang pernah aku lakukan sepanjang aku hidup ini?
Berkali-kali Allah berikan petunjuk untuk aku dekat pada-Nya. Untuk menyintai Allah dengan sebenar-benar cinta, mengutamakan pandangan Dia melebihi pandangan hamba-hambaNya. Bukan sekadar pandai mengungkapkan "aku cinta Allah" namun perlakuan menidakkan kata-kata.
Berkali-kali aku cuba bangkit, bangkit untuk hidup dalam landasan Islam dari segi apa pun. Perbuatan, percakapan, pakaian, cinta, luaran, dalaman, semua... Berkali-kali. Namun untuk berubah tidak mudah seperti mengungkapnya. Aku kerap kali jatuh dan terbangun.
Saat hawa nafsu menguasai, aku rebah. Namun bila iman jadi sandaran, aku kuat. Aku tetap cuba dan terus mencuba. Bermain dengan emosi, melawan diri sendiri. Hingga terkadang timbul perasaan sangsi, masihkah Allah mendengar rintihan ku ini? Sedangkan kerap kali aku datang dan pergi daripada-Nya.
Ampunkan aku ya Rabb.
Tiada duka yang abadi di dunia,
Tiada sepi merantaimu selamanya..
Malam kan berakhir, hari kan berganti,
Takdir hidup kan dijalani..
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiringi,
Hati yang rindu tanda cinta di jalan-Nya,
Namun ku percaya hati meyakini,
Semua akan indah pada akhirnya..
Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang,
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi..
Tapi waktu tak berhenti,
Tapi detik tak kembali,
Harap ampunkan hamba-Mu ini.. - Opick
Akhirnya aku mendapat jawapan pada persoalan ku. Kerna itu fitrah manusia. Fitrah manusia yang tidak akan pernah lekang daripada melakukan kesilapan, fitrah manusia yang sentiasa ingin menyayangi dan disayangi hingga terkadang melebihi kasih sayangnya pada Pencipta kita sendiri, fitrah manusia yang memang tidak akan pernah sempurna. Ya, tidak akan pernah sempurna. Itulah jawapannya.
Namun, sesekali tidak akan aku jadikan 'fitrah' itu sebagai modal untuk aku melakukan kesalahan. Malah itulah kekuatan ku kini untuk aku kembali kepada-Nya. Kerna aku hanya manusia biasa, fitrah ku yang penuh dengan kelemahan dan ketidaksempurnaan yang memerlukan Pencipta ku untuk sentiasa membimbing 'jalan' ini.
Ya, fitrah ini sangat memerlukanMu ya Allah...

Alhamdulillah, kini hati ini makin menyakini-Nya detik demi detik. Makin banyak bermuhasabah diri. Makin sedar bahawa hidup ini hanyalah suatu perjalanan yang singkat. Makin mengerti ujian itu tanda Dia menyayangi kita. Makin ikhlas dalam menerima takdir-Nya. Makin meghargai segala nikmat yang Engkau kurniakan. Makin melepaskan cinta pada manusia demi mencari redha-Nya. Makin yakin Allah lah Perancang yang terbaik buat diri ini. Makin berpegang teguh pada tali ALLAH. Dengan satu kepercayaan yang pasti, bermujahadah itu pahit, namun penghujungnya terdapat kemanisan yang tak tercapai oleh akal. Hanya akan dapat merasainya dengan hati yang disulami iman yang tulus kepadaMu ya Rabbi. InsyaAllah.
Wahai Pemegang hati-hati kami,
" Izinkan hari ini aku bahagia ya Allah, bebas bahagia saat kembali pada fitrah ku sebagai hamba ciptaan-Mu. Ya Rahman ya Rahim, sungguhku takut aku kan jauh dari-Mu. Walaupun aku mengaku beriman kepada-Mu, namun sesungguhnya dalam diri ku yang terdalam ku sedar masih belum mengenali-Mu, aku tahu aku masih jauh dari-Mu ya Allah. Ampunkan hamba-Mu ini. Berikan lah kekuatan pada ku di sepanjang perjalanan ku menuju-Mu. Tetapkanlah aku hanya pada jalan-Mu, jalan yang benar-benar Engkau redhai. Genggamlah hatiku, lindungiku dari putus asa kepada-Mu. "
Amin, amin, amin ya Rabbal alamin.

Monday, July 23, 2012

Ramadhan datang lagi

opps rasanya masih belum terlambat nak wish selamat berpuasa kat kawan2 semua.. ya syukur Alhamdulillah sebab kita masih berkesempatan nak sambut lagi ramadhan tahun nie.....

 bestnya ramadhan kan.......


Tuesday, July 3, 2012

Addooii Jahat

Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom MK nak dedahkan 10 daripadanya!
1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.


2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.
3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.
4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!
5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.
6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?
7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?
8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi
9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.
10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Wednesday, June 6, 2012

Kenangan Lalu mengusik kalbu

Semalam masa tengah tengah kemas, maklumlah kan nak pindah terjumpalah balik gambaq2 lama bersama-sama kawan...best nyer saat itu....kenangan indah seumur hidup......doaku moga semua kawan2 ku tersayang dilimpahi rahmat olehNya dan peroleh kebahagiaan didunia dan akhirat saner..insyaAllah....walaupun kita kini jauh walaupun dekat hakikatnya..tapi kalian tetap dalam hati.......susah senang kita pernah lalui bersama..



Masjid Besi......
 Masjid Besi again....

 Masjid Besi again
 bersama bekas atlet.......x ingat kat Ipoh

 OTW around Malaysia
 Bersama atlet KArate di Penang...

..Penutup SUKMA TERENGGANU 

gambar-gambar diatas adalah kenangan bersama kawan-kawan tersayang semasa SUKMA TERENGGANU, SAMBUTAN HARI MERDEKA dan TOUR MALAYSIA MENJEJAK BEKAS2 ATLET untuk Buku Coffee Table..............

Nanti Ternanti

Benar kata pepatah....Penantian itu satu penyeksaan...bagi orang yang macam aku nie yang tak ret nak bersabaq macam mana........uih seksa toi.....dan aku tak suka dengan penantian..x kiralah tunggu apa pun....tapi itulah yang selalu aku kena buat...selalu kena tunggu...tunggu dan tunggu......nak nak tunggu orang...adooi mampuih aku hangin.....hehhehe itulah aku bak kata laki aku.......memang x reti nak sabaq...semua nak cepat..

Macam la nie,,aku x sabar nak tunggu sesuatu yang aku harap dari minggu lopeh..sampai hari ni tak dapat2.....memang hangin satu badan.....dan kemuncaknyer semalam orang tue kena maki ngan aku..hahhhha xlah maki sangat........marah dalam nada yang masih sopan.....hahhahaha baru lega rasa hati..pasnie lau xdapat pun berbaloi la kot........Main-main dengan aku...

Ha walaupun islam menyuruh umatnya bersabar kerana sabar itu separuh dari iman......tapi erm ntahlah aku nie bab bab sabar nie ..astarfirullah.......Ampunkan aku Ya Allah.......




Tuesday, June 5, 2012

Kebosanan tahap gaban...

Adooi lama dan aku tak menulis disini..sekadar meng"copy" dan meng"paste" je.....kan ape..malas nak perah otak nak buat ayat2  untuk dijadikan cerita kat blog comel aku nie...tapi memandangkan semua geng2 jahat aku kat opis nie x ada..so aku pun trylah menulis kat sini...

Sebenaqnya banyak cerita nak tulis tp malas nak ..tapi takpa aku try rangkumkan jadi satu cerita...hahahha minggu lepas aku terlibat dengan sambutan hari belia negara...best jaga pameran..at least hilang skit tekanan di tempat kerja..hahha tekanan kah...saja nak cakap mcm tue sedangkan tak pun..takder sebarang tekanan pun.......lepak sana jaga pameran....boleh usha2 orang dan usha2 barang......campuq plak ada sure heboh..mang ai....lenguh kaki nak jalan-jalan melawat kedai tue panjang ooo 6 km...harap ada rezeki aku untuk ke pameran Sukma Pahang plak..nama dah ada.....tapi takut boss x lopeh yo...

Muhammad Ikraam Nawfal..dah besaq anak ibu dah 4 bulan..berat pun dah naik ...dah 5.1 kilo lau nak compare masa bersalin dulu 1.9 kilo ja..maklumlah anak ibu lahir tak cukup bulan kan....tapi sekarang alhamdulillah dah sihat dah .....bulat pun badan...




Ha besaq dah kan anak ibu. dah pandai senyum.....perangai pun mcm2...tak boleh panas....tak boleh sejuk....erm..ikraam ikraam...mcm2...tapi takpa..kehadiran anak buat ayah dan ibu tersenyum......sayang yang melimpah ruah untuk anak ibu sorang nie....ayah ibu bagi apa yang ayah ibu ada untuk anak membesaq dengan sempurna....... alamak sedih la pulak.....ibu rindu sangat kat anak ibu sorang nie....insyaAllah lau ada rezeki, umuq panjang jumaat ibu balik ye sayang..duk ngan tok baik2 jgn buat perangai tok tak larat.....kesian tok.....

Kemas..mengemas.....punggah..memunggah..ha tuelah keja kami 2 hari nie...opis aku nie nak di renovate so kami kena pindah..so sebelum nak pindah tue kenalah bungkuih apa2 yang dah tak berapa nak guna tue..kami paking semua masuk kotak letak tepi2 diam...takmau bukak dah......tapi yang bess hari2 janji satu cawangan pakai baju sama...lawak tul..tapi semua sporting........


ha nielah kami....kemas x tera mana pun..bergambaq..bergaya ja lebih..pape pun..depa memang terbaik la..tak terasa pun penat tue.......i like......yuhuuu sayang korang semua

Tak Sabaq nya rasa hati nak pindah turun tingkat bawah..duk berhimpit2..sementara tempat baru nak siap...lalala..pas nie lagi semangat nak berkeja.mencari rezeki yang barakah untuk little khalifah aku..MUhammad Ikraam NAwfal sayang......ibu sayang kamu

Sekian untuk entry kali ini..t aku menulis lagi yo...daaaaa


Monday, June 4, 2012

Kesalahan Semasa Solat Tanpa Kita Sedari

Solat merupakan antara kewajipan paling penting dalam kehidupan umat Islam. Nabi SAW diisrakkan ke langit untuk menerima perintah solat. Solatlah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama baiki mutu solat kita. Maksud hadis:
“Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak.” (HR Thobrani)
Berikut merupakan kesalahan-kesalahan solat yang tidak kita sedari, berdasarkan hasil pembelajaran dan kajian saya selama ini. Semoga post kali ini memberi manfaat kepada kita, insya Allah…



  1. Tidak berdiri lurus. Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekerinya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri
  2. Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).
  3. Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah. Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.
  4. Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud. Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “subhanallah”. Maksud hadis:
“Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?”
“Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” (HR Ahmad)
  1. Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. Tujuh anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).” (Muttafaqun ‘Alaih)
  1. Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.
  2. Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
  3. Tangan berayun-ayun semasa i’tidal. Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i’tidal, yang macam buayan tu.
  4. Tidak berhenti seketika, yakni i’tidal selepas rukuk.
  5.  Dada berpaling dari kiblat