Mukadimah

“Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya"
Showing posts with label jiwa lara gelora. Show all posts
Showing posts with label jiwa lara gelora. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

P.A.R.A.N.O.I.D

Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga PARANOID bermaksud gangguan mental yang merujuk pada seseorang yang percaya bahawa orang lain sentiasa mengancamnya atau dirinya berkedudukan penting (Walaupun pada hakikatnya tidak). Kecenderungan untuk mengesyaki dan tidak mempercayai orang lain dengan berlebih-lebih.

Ha, zaman sekarang nie ramai sangat yang berperangai seperti maksud diatas kan. adoinyerpun...kenape ek..???konpius mak nok...sentiasa rasa diri tue mangsa.....tapi pernah ke tgk cermin, tilik2, tenung2, renung2...rasa2 penah tak sekali sekala jadi pemangsa (yang membaham),..

Jika rasa penah jadi pemangsa, so no wonderlah kalau kita jugak jadi mangsakan.ala fair and squarelah kan...xkan selamanya kita diatas...orang mcm nie boleh jugak dikatakan PAROKIAL yakni mereka yang berfikiran sempit...

Leteh la sayer memikirkan golongan nie yang masih wujud... Apa masalah dia ek..., aku bukan tujukan kat sapa2 pun, just bercerita secara general...tapi....ha kalau terasa tue.......erm.. ader mak kesah....

Oklah fikir2kan....renung2kan..selamat beramal...ingat kita tak selamanya diatas..dan jangan lupa kita ada Dia yang sentiasa memerhati.........


Tuesday, October 11, 2011

TEKANAN!!!!!!!!!!!!!

Pengenalan

Tekanan mental adalah hasil hubungan antara peristiwa-peristiwa persekitaran dengan individu. Paras tekanan yang dihasilkan akan bergantung kepada sumber tekanan dan cara individu tersebut bertindak balas. Tekanan mental adalah sebahagian daripada kehidupan harian. Ia merujuk kepada kaedah yang menyebabkan ketenangan individu terasa di ancam oleh peristiwa persekitaran dan menyebabkan individu tersebut bertindak balas. Anda boleh mengalami tekanan ketika di tempat kerja, menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, atau melalui hubungan sosial. Tekanan mental yang sederhana boleh menjadi pendorong kepada satu-satu tindakan dan pencapaian tetapi kalau tekanan mental anda itu terlalu tinggi, ia boleh menimbulkan masalah sosial dan seterusnya menggangu kesihatan anda.


Simptom

Ada beberapa gejala yang menandakan mental seseorang itu tertekan. Antara gejala tekanan mental adalah : PERASAN � Merasa bimbang � Merasa cepat marah � Merasa lemah semangat � Merasa tidak tenteram dan � Gelisah FIKIRAN � Bimbang terhadap masa depan � Kurang daya tumpuan � Menjadi mudah lupa � Fikiran tertumpu pada masalah tempat kerja � Takut gagal � Rendah harga diri TINGKAH LAKU � Tabiat merokok yang meningkat � Penggunaan alkohol dan dadah sebagai cara untuk mengurangkan masalah � Hilang selera makan atau makan berlebihan � Mudah cuai dan sering terbabit dalam kemalangan � Mudah terkejut � Bertindak secara agresif PERUBAHAN FIZIKAL � Berpeluh pada tangan dan badan � Sering rasa dada berdebar � Menggeletar, kering mulut dan kerongkong � Mudah merasa letih � Kerap kecing � Sukar untuk tidur � Masalah penghadaman seperti, loya, muntah, cirit-birit dan sembelit � Sakit kepala dan leher sakit-sakit sendi dan badan mudah diserang penyakit.


Kesan

Perubahan-perubahan besar dalam kehidupan seseorang adalah punca tekanan mental yang paling lazim. Peristiwa-peristiwa yang boleh mendatangkan tekanan mental bukan sahaja peristiwa yang negatif seperti kematian, dibuang kerja tetapi peristiwa positif seperti berkahwin, mendapat cahayamata ataupun kenaikan pangkat.


Pencegahan

Kebanyakan punca tekanan mental boleh diubah, dihapuskan atau dikurangkan. Bagaimanapun anda harus terlebih dahulu menyedari dan memahami reaksi anda terhadap tekanan. Cara-cara yang boleh digunakan untuk mengurangi tekanan mental anda : 1) Bersikap realistik terhadap pekerjaan/ tanggungjawab anda � Akui kekuatan dan kelemahan diri. � Sentiasa berfikiran positif. � Cuba melakukan yang terbaik di dalam pekerjaan. � Memupuk sikap seronok bekerja/ belajar. 2) Merancang kerja anda � Kendali masa anda dengan bijak. � Beri keutamaan pada kerja yang penting. Jangan bertangguh. � Elakkan daripada membawa kerja pulang ke rumah. Jika anda seorang pelajar, kerja rumah adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, cuba habiskan kerja rumah anda pada masa lapang di sekolah. � Mengagihkan kerja dengan baik. 3) Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah � Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik. � Senaraikan semua masalah mengikut keutamaan dan langkah-langkah mengatasinya. � Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian. � Ambil tindakan secara wajar. 4) Menerima sebarang perubahan dengan sikap yang wajar � Sentiasa bersikap terbuka terhadap apa jua perubahan yang berlaku. � Bersikap realistik terhadap segala perubahan dan mampu menerima keadaan yang di luar kawalan anda. � Bersikap positif dalam persekitaran yang mencabar. 5) Amalkan komunikasi yang berkesan � Biarlah bersikap lembut tetapi tegas daripada bersikap agresif. � Luahkan pendapat anda dengan penuh sopan, tegas dan jelas. � Hormatilah pandangan rakan anda. 6) Semaikan semangat bermasyarakat � Jalankan persahabatan dengan rakan-rakan anda. � Senaraikan individu dan organisasi yang mampu membantu anda menangani sebarang masalah. � Berkongsi masalah anda dengan mereka yang sedia mendengar dan boleh mempercayai. � Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah. 7) Amalkan cara hidup sihat � Luangkan masa untuk berehat dan bertenang. � Amalkan bersenam, pemakanan yang sihat, tidur yang mencukupi. � Jangan merokok, jauhi diri dari arak dan dadah. � Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama. Secara kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa kesihatan mental adalah terhindarnya seseorang dari gejala-gejala gangguan dan penyakit jiwa, dapat menyesuaikan diri, dapat memanfaatkan semua potensi dan bakat yang ada semaksimum mungkin dan membawa kepada kebahagiaan bersama serta tercapainya keharmonisan jiwa dalam hidup.

Saturday, October 8, 2011

pape je lah

Bagi aku ..kehidupan nie ada suka, ada duka, ada gembira, ada bahagia.setiap orang nasib tak sama....kena yang ok tue alhamdulillah la, kena yang tak ok tue kena redha lah berdoa moga suatu hari nanti ada sinar di hujungnya. begitu jugak dengan kehidupan berumah tangga....rumah mana yang tak bergelora cuma kena ada tolak ansur...give n take...barulah aman damai...

Kita dikurniakan akal unutk berfikir mana buruk mana elok...tapi sekarang nie banyak yang bertindak membelakangkan akal....ikut nafsu semata-mata....apa nak jadi....dah sama mcm binatang lak kan bila buat sesuatu tak guna akal....binatang yelah takder akal, tapi kita manusia yang dikurniakan akal..kenape tak nak guna. macam yang duk jadi la nie.....buang anak......binatang pun sayang anak........marah betul aku dengan golongan nie, orang yang nak anak tak dapat......depa yang dapat tue buang macam sampah jer.....apesalah nya bagi kat orang ka..ape masalah...

Suka salahkan orang lain satu lagi masalah dikalangan kita...kenaper selalu kita nak salahkan orang @ tunding jari kat orang..kenapa kita tak nak mengaku sendiri kesilapan atau kesalah itu berpunca dari diri kita sendiri..

Tak pernah bersyukur dengan apa yang ada...kenape susah sangat kita nak bersyukur dengan apa yang Allah bagi..kenaper di mulut tak pernah nak kata cukup dengan rezeki Allah..sentiasa kata tak cukup.....kata orang bila kita mengucapkan sesuatu selama 44 kali, maka ianya akan jadi..umpama kita mendoakannya...lama2 Allah akan makbulkan apa yang sering kita ungkapkan tue...Allahuakbar....
 

Thursday, October 6, 2011

Kompius

aku masih lagi kompius samada nak jual ke tak laptop aku nie, En. suami kata juallah..., tapi ntah lah aku xder jawapan... kalau aku jual t aku nak guna nak amik mana lak kan, takkan nak pinjam kat orang plak kan. Tapi ntahlah kalau nak jual laptop pun xkan dapat RM2000 kan.......paling2 RM 1000 je...pastue nak tambah lagi nak beli Galaxy tue..tue yang aku duk pikiaq nie......en. suami x membantu aku dalam urusan pembelian gajet nie, sebab dia kata x penting so dia x nak bantu..huhuhuhuhu kejam kan....


Tuesday, October 4, 2011

Usaha Tangga Kejayaan

akhirnya selepas berhempas pulas dari petang ke malam, sambil duk goreng ayam tuk buat masak kicap............aku berjaya mencantikkan kembali blog nie....yihaaa i like....
Betullah kan kata pepatah usaha tangga kejayaan......seb bek boleh buat lau x...mampuih aku hangin...

aku dahla...la nie gila sungguh berblog.FB pun dah jatuh number 2....buat blog nie rasa puas sungguh lah....awat xtau...ha sekarang nie hobi number 2 aku berblog selepas membaca novel...Allah xyah kata apalah kalau bab novel nie....
sampai sanggiup berbelanja bessaq untuk itu..gilo tul.....
atleast aku ada hobi yang berfekdah dr aku merempit...ishk biler masa plak aku merempit sedang nak bawa kete motor pun x berani...hahahhaahha...

GiLO TuL

Arghhhh.....tekanan tul, ntah ape yang aku tekan kenkonon nak tukaq background apa bagai...sekali jadi seperti yang korang tengok nie..putih ja...mcm hampeh..tension nya akuuuuu

Monday, October 3, 2011

Memburu Impian


Ku jejak
Jalan yang berliku
Membara jiwaku
Memburu impian
Ku renang lautan gelora
Biarpun tersadai
Di hujung dunia
Akan ku rempuhi segala rintangan
Biarpun rebah ku bangun sendiri

Akan ku genggam biarpun hitam
Menjadi milikku
Ku mula
Dengan langkah ini
Menuju sinaran yang abadi

Sunday, October 2, 2011

L.O.V.E


ℒℴνℯ...

pernαh ku tαnyα pαdα αngin
seperti αpαkαh sebuαh cintα...
αngin berkαtα, cintα bαgαikαn embun
... setiαp pαgi menyαpα dengαn sejuknyα
sekejαp sαjα, nαmun hilαng entαh kemαnα

.ℒℴνℯ...

suαtu sααt ku bertαnyα pαdα αir
seperti αpakah sebuah cintα
αir berkαtα, cintα bαgαikαn sungαi
αlirαnnyα tαk henti sepαnjαng mαsα
nαmun entαh mengαlir ke mαnα

.ℒℴνℯ...

pernαh ku jumpai seekor burung di udara
ku tαnya tentαng erti sebuαh cintα
iα mengαtαkαn, cintα bαgαikαn memiliki sαyαp
αdα wαktu di mαnα cintα hαrus hinggαp
nαmun suαtu sααt cintα αkαn terbαng ke lαngit biru

.ℒℴνℯ...

ketikα ku jumpα tαmαn bungα yg indαh
ku tαnyα pαdα merekα, αpα erti sebuαh cintα
bungα berkαtα, cintα seperti bungα mαwαr
sαngαt αnggun & indαh di lihαt
nαmun αkαn terlukα jikα kitα tergores durinyα

.ℒℴνℯ...

tiαdα sαtu hαl yg dαpαt melukiskαnnyα
jikα engkαu pernαh merαsαkαn indαhnyα cintα,
bersyukurlah αkαn hαl itu sentiαsα αdα..
jikα engkαu pernαh terlukα oleh cintα, bersαbαrlαh...
kerαnα αkαn αdα cintα lαin yg dengαn setiα menutupinyα

ImPianKu...


Impianku...
Sebelum nie nak Samsung S...tapi semalam tetiba
hati ter"tup" nak kan benda alah nie...
erm tapi saperlah nak kasi kat aku ek....
nak beli sendiri duit takdo...
xkan nak bergolok gadai plak...
redha jelah lau ada rezeki..lambat ke cepat insyaAllah dapat lah tue...
tapi dalam hati bergelora..
siangku terbayang, alam ku merindu
oh Galaxy tab......

Friday, September 30, 2011

Rintihan Seorang Hamba


Ya Allah..
Sesungguhnya Engkau yang mempunyai segala kepujian,
Engkaulah yang berhak menerima segala kepujian,
Engkaulah yang berhak menerima segala kesyukuran,
Engkaulah yang memiliki segala pemerintahan,
Di tangan Engkau segala kebajikan,
Kepada Engkaulah kembali segala urusan…
 
Ya Allah Ya Tuhanku….
Hamba-Mu yang dhaif lagi hina ini memohon kepada-Mu..
Dengan nur Zat-Mu dari seluruh penjuru Arasy-Mu,
Dan dengan kudrat-Mu yang telah Engkau takdirkan kepada semua makhluk-Mu,
Dan dengan rahmat-Mu yang Maha luas..
Berikanlah petunjuk kepada hamba-Mu ini..
Agar diriku terhindar daripada perkara-perkara yang dimurkai oleh-Mu… 

Thursday, September 29, 2011

PERASAAN







dikala ini, perasaan menyampah kat orang nie menganggu perasaan aku nie,,
aku tak suka bila rasa mcm nie sebab kesian kat semua orang aku tak suka
hadoi yai..............

ada plak sorang hambar Allah nie nak kawan tapi tak nak kenalkan diri.dia kata kawan lama, amboi dia ingat aku tak dak keje lain ker duk nak ingat dia sapa...sume bikin panazzzzzzzz



Bosan

Adoi, ape ntah yang telah melanda kami kat HR nie, pas lunch je semua jadi malas.......semua pakat duduk lepak, layan blog jer........malas sungguh bukan lawak2 nie..meja aku kemas elok ja hbs semua pen2.simpan siap dalam laci.....semua keje2 simpan dalam tray sebab x mau buat..sambung besok plak tue pun kalau x malas lah..hahha nak nak sok jumaat pulak tue rehat awai...

Wednesday, September 28, 2011

Marah


  • Golongan Pertama: Tafrith
Iaitu mereka yang langsung tidak memiliki sifat marah. Apa jua yang berlaku disekelilingnya maka dia langsung tidak menunjukkan perasaan marah. Manusia jenis ini sama sekali tidak memiliki sikap pembelaan terhadap kebenaran. Dia tidak terasa tersinggung apabila agamanya diinjak-injak oleh musuh-musuh Islam. Sedangkan Rasulullah s.a.w. yang terkenal dengan sikap tawaduk tetap mempertahankan maruah agama dengan menentang musuh-musuhnya sekiranya perlu.
Firman Allah: Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). (al-Fath: 29)
Golongan jenis ini juga apabila terjadi perlanggaran terhadap kehormatan diri mahupun ahli keluarganya maka dia akan menghadapinya dengan sikap yang penuh kebaculan dan terlalu merendah diri. Sedangkan Islam melihat perlunya sikap cemburu demi untuk melindungi kehormatan ahli keluarganya.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya dia (Sa’ad) adalah seorang yang kuat cemburunya dan saya adalah lebih kuat cemburunya (berbanding dengan Sa’ad), dan Allah adalah lebih cemburu lagi daripada saya (iaitu sekiranya Dia melihat hamba-Nya melakukan perbuatan maksiat). (Riwayat Muslim)
Jelas di sini sifat tafrith atau langsung kehilangan sifat marah adalah tercela di sisi syarak.
  • Golongan kedua: Ifrath
Iaitu mereka yang tidak dapat mengawal perasaan marah lalu bersikap berlebih-lebihan sehingga hilang pengawalan akal yang waras terhadap dirinya.
Golongan seperti ini akan berteriak dengan suara yang kuat serta mengeluarkan kata-kata kasar lagi kesat. Ada kalanya sehingga menyebabkan terjadinya pukul-memukul ataupun amukan yang dahsyat sehingga terjadi pertumpahan darah.
Marah yang tidak dapat dikawal juga dapat membentuk perasaan dendam, benci dan dengki sehingga mendorongnya untuk melakukan pembalasan terhadap orang yang dimarahinya.
Disebabkan buruknya akibat sifat marah yang melulu ini maka Rasulullah s.a.w. amat menitikberatkan agar perasaan itu dikawal dengan baik. Apabila seorang sahabat meminta nasihat daripada Baginda s.a.w, lantas Baginda bersabda:Jangan marah. Kemudian sahabat tersebut mengulangi permintaannya untuk mendapatkan nasihat. Sekali lagi baginda menjawab: Jangan marah. (Sahih al-Bukhari, hadis no: 6116).
Allah juga memuji mereka yang dapat mengawal perasaan marah melalui firman-Nya dalam surah Ali-Imran: 133-134)
Di antara cara mengawal perasaan marah sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. adalah :
  1. Mengucapkan Ta’awudz (A’udzu billahi minasy syaithoonir rajeem– Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan.
  2. Diam atau tidak berbicara.
  3. Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring.
  4. Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah
  • Golongan ketiga: I’tidal
Iaitu golongan yang bersikap sederhana di antara tafrith dan ifrath. Mereka tidak menghilangkan sikap marah secara total tetapi hanya akan marah dalam situasi yang bersesuaian. Akal juga masih menguasai dirinya dan mereka sentiasa mengikuti batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.
Kehormatan
Kemarahan yang tergolong dalam kategori terpuji adalah kemarahan yang timbul hanya kerana menurut perintah Allah dan untuk membela agama Islam serta umatnya.
Oleh itu hendaklah kemarahan yang ada dalam jiwa seorang muslim itu bertindak untuk menolak gangguan orang lain terhadap kehormatan dirinya, keluarganya serta umat Islam keseluruhannya dan menghukum mereka yang ingkar kepada perintah Allah.
Firman Allah: Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman. Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendaki-Nya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (al-Taubah: 14-15)
Di antara sifat Rasulullah s.a.w. ialah Baginda tidak menunjukkan kemarahan dan melakukan pembalasan hanya kerana kepentingan peribadinya. Segala kemarahannya adalah kerana mempertahankan hukum-hukum Allah.
Saidatina Aisyah r.a. telah meriwayatkan bahawa: Dan tidaklah baginda membalas dengan hukuman untuk (membela) dirinya di dalam sesuatu sama sekali kecuali jika perkara-perkara yang diharamkan Allah dilanggar, maka baginda akan membalas dengan hukuman terhadap perkara itu kerana Allah. (Riwayat Bukhari)
Apakah yang dapat kita simpulkan tentang sifat marah ini? Sekiranya sifat marah itu hilang sama sekali dalam jiwa seseorang maka ia termasuk dalam perbuatan yang tercela dan menunjukkan ciri-ciri seorang insan yang lemah pegangan agamanya, penakut, lemah imannya dan kurang cintanya terhadap agama Allah.
Begitu juga sifat marah yang berlebih-lebihan tanpa batasan ia juga mengundang bahaya serta boleh menimbulkan suasana yang kacau-bilau. Oleh itu, sekalipun sifat marah itu perlu ada pada diri seseorang tetapi ia sentiasa diarahkan kepada perkara yang kena pada tempatnya. Dikawal oleh akal yang bijaksana dan batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.
Inilah sikap pertengahan yang adil lagi terpuji malah ia merupakan ciri-ciri umat Nabi Muhammad s.a.w. iaitu umat yang bersikap penuh kesederhanaan dalam semua perkara. Firman Allah: Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil (pertengahan), supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (al-Baqarah: 143)
Oleh itu sewajarnya kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengamal sifat marah yang i’tidal ini.
-renungkan dalam golongan manakah kita......

Sunday, September 25, 2011

CAMPAK @ CHIKEN POX....

Orang melayu kita biasa panggil demam campak atau cacar air.orang kata seumur hidup mesti kena sekali.lepas tue dah x kena. yeke????Tapi menurut pengalaman orang lain ada juga yang kena 2 kali, sebabnya campak tue x keluar habis.

Tanda campak keluar habis ialah muncul di tapak kaki.Itu petanda campak dah nak beakhir.Mengikut kata pakar dan pengalaman, campak ni mengambil masa 10-14 hari untuk sembuh. lamakan.ape pun x booleh buat......boring ooo. Bergantung pada daya tahan individu dan mematuhi semua pantang larangnya. 

Tapi jangan ingat habis mcm tue jer..sebab parut yang meriah tue amik masa untuk melenyapkan dirinya.
Orang yang kena campak biasanya akan menjadi teman setia dengan Daun Semambu, Bedak Sejuk, Asam Jawa,. Paling pantang jangan kena hujan ngan makan kicap..

p/s : Please jaga2 kepada semua yang tengah mengalaminyer termasuk EN. AZIZAN AWANG.....hope semuanya back to normal.....

Wednesday, September 14, 2011

AKU BENCI ISTERI AKU

mesti korang mcm pelik kan baca tajuk citer nie....tapi baca dulu..aku dapat citer nie dari sahabatku..so ingat nak kongsilah sama-sama..,


ini cerita tentang isteri aku, orang tua aku telah pinangkan aku seorang perempuan tanpa persetujuan aku, ketika aku mendapat tahu aku bakal dinikahkan cuma tinggal seminggu saja lagi, kelengkapan telah siap, kad kahwin juga telah diedarkan, ketika itu tiada jalan untuk patah balik. atas alasan apa ibu bapaku laksanakannya hanya Allah saja yang tahu. sungguh inilah realitinya...jika Allah kehendakan sesuatu pasti Dia akan buat dan tiada satu pun yang mampu halang. 3 bulan yang lalu ada aku nyatakan hasrat aku untuk menikah, tapi bukan dengan cara begini.


Sebelum itu, nama isteriku, Jazrin, (bukan nama sebenar). Sebenarnya, sudah lama aku kenal dia, sejak dari kecil lagi, aku dan Jazrin sebenarnya berjiran. Aku masih ingat, ketika kami tingkatan satu, dia seorang yang sangat naïf, buktinya Jazrin ada mewakili untuk pertandingan pidato, perbahasan, malah dia sangat disayangi cikgu. Tetapi bila sampai tingkatan 3, sikapnya mula berubah, tudungnya yang sentiasa labuh bila lama kelamaan, semakin pendek, kemudian bila tingkatan 5, kami dikejutkan yang dia ditangkap oleh guru atas kesalahan merokok dan ‘dating’. Tapi bila exam, jarang sekali dia gagal, malah susah untuk dapat C. Memang pandai, tapi akhlak entah kemana.
Sampai masanya, aku sambung belajar, dalam lingkungan umur itu, sepatutnya masing-masing sambung belajar atau kerja, tetapi tidak bagi Jazrin, dia lebih selesa tinggal dirumah menganggur. Pernah satu ketika aku pulang kerana cuti semester, pukul 6.30 aku keluar ke masjid bersama ayah, untuk solat maghrib dan ceramah pada malam itu, kelihatan Jazrin bersama kawan-kawan lelaki sedang melepak, rambutnya kuning, dan paling menyedihkan, ada seputung rokok dihujung jari Jazrin. Ya Allah, bencinya aku melihat gelagatnya rasa nak lempar pasir saja pada muka dia, harap muka saja cantik, tapi, masyaAllah!
Pulang saja kami dari masjid, mereka masih berada disitu, malah lebih ramai, aku bertanya kepada ayah, kemana ibu bapa Jazrin, jawab ayah, mereka ke Indonesia atas urusan perniagaan. Sehinggalah satu hari, seperti ombak aib menghempas kemuka ibu bapa Jazrin, Jazrin hilang lari dari rumah. Seminggu ibu bapa Jazrin berendam air mata dan sepanjang seminggu itu jugalah tak putus-putus ibu bapanya mengadakan bacaan yassin dirumah mereka, dan keluarga kami juga turut terkena tempias sama, ibu tidak pernah putus membantu memberikan semangat dan melibatkan diri dalam pencarian Jazrin, masakan tidak ia tidak terbeban buat kedua-dua pasangan suami isteri itu, Jazrin itu sajalah penawar dan racun buat diri mereka. Tepat jam 10.30 malam, bersama ayah sedang aku bertadarrus, ibu mendapat panggilan yang mengatakan Jazrin telah menyerah diri dibalai polis Johor Bharu. Ibu menangis kesyukuran, dan aku sendiri bercampur baur perasaannya, menyampah ada, lega pun ada. Hendak dijadikan cerita sepanjang tempoh seminggu itu, seluruh kegiatan sosial Jazrin terbongkar.
Siapa teman lelakinya, kelab malam mana yang menjadi kegemarannya, dadah, rokok dan arak jenis apa yang menjadi kegemarannya terbongkar. Semuanya terpalit kemuka kedua ibu bapanya, malu yang teramat sangat. Tapi saat itu tiada apa yang dipeduli, yang penting anak mereka selamat kembali ke pangkuan mereka. Begitulah betapa besar sayangnya ibu bapa terhadap anak. Busuk sekalipun, air dicincang tak mungkin putus. Ombak kembali reda. Saudara mara Jazrin tidak lagi kerumah membaca yassin, dan kami juga begitu, saya sendiri, tinggal beberapa hari lagi untuk kembali ke kolej untuk memulai semester akhir.
1 tahun aku ke Sabah menghabiskan pengajian, dan setelah tamat aku tinggal dirumah sementara menunggu hari
graduasi. Namun masa tidak aku bazirkan sewenang-wenangnya melainkan aku cuba mendapatkan pekerjaan yang sesuai sementara menunggu hari tersebut. Pernah pada satu hari, aku keluar membeli sarapan pagi, aku melihat seorang wanita muslimah bertudung litup sedang menyidai kain, sangkaan aku itu orang gaji pada keluarga Jazrin. Tetapi bila aku amati betul-betul, sah memang itu Jazrin. Alhamdulillah, banyaknya dia berubah. Sungguh kesilapannya telah banyak mengajar. Tapi bukan bermakna aku mahu dia sebagai isteri aku, aku tak mahu mengenangkan kehidupannya dulu. Darah dagingnya telah terpalit benda-benda haram, mana mungkin aku mahukan zuriat dari orang seperti dia.
Tetapi tanpa disangka-sangka, apa yang bermain-main dalam fikiranku benar-benar berlaku. Aku dan Jazrin akan dinikahkan tidak lama lagi.
3 bulan telah berlalu dan kami tidak pernah berbual apatah lagi aku menyentuhnya, melihatnya membuatkan aku benci. Terimbas segala perbuatannya dahulu, dan terbayang gejala dia bergaul bebas dengan lelaki berhidung belang. Sungguh aku benci.
Sehinggalah satu hari, dia menyediakan minuman dan menghulurkan air tersebut pada tanganku, air tersebut panas, bila memegang gelas panas tersebut tanganku pantas melepaskannya kerana tidak tahan menahan panas dari air tesebut, terus gelas itu pecah, dan Jazrin, tanpa bersuara apa-apa pantas mengutip serpihan kaca di hujung kakiku, dan dia menangis. Melihatkan dia menangis aku menjadi keliru dan tidak teragak-agak untuk bertanya kenapa dia menangis. Masih terngiang-ngiang jawapan dia kepada aku.
‘maafkan saya abang, saya tidak mampu menjadi isteri yang baik, tetapi berilah saya peluang, saya tak mahu dihina diakhirat kerana menjadi isteri derhaka dan si penzina yang meminum arak, cukuplah satu dosa berat saya pada Allah’
Berilah peluang. Berulang-ulang kali perkataan itu muncul dalam benak. Seperti hujan yang menimpa atas diri saya, betapa besarnya dosa saya terhadap Jazrin, betapa angkuhnya saya, ya Allah betapa sombongnya dan jauhnya saya daripada mensyukuri nikmatmu. Semuanya kembali jelas dan kali ini air mata aku pula mengalir tidak henti-henti.
Semuanya datang dari Allah, darah daging yang pernah memasuki benda haram bukan bermakna akan lahirnya zuriat biadab, tetapi semua dengan izin Allah, Allah yang beri, tiada yang mustahil bagi Allah. Taubat Jazrin lebih tinggi nilainya, airmata dia lebih berharga berbanding aku, teguhnya dia pada syariat lebih tinggi kerana dia benar-benar telah ‘merasai pahit’ dosa berbanding aku yang sentiasa bergelumang dengan dosa kecil yang aku tidak sedari, Jazrin, dia lebih mengerti erti dosa berbanding aku. Allah, Dia telah berikan aku wanita yang cukup mulia, pandangan kemuliaan itu bukan dinilai dari mata manusia tapi dari Allah, Allah yang lebih tahu taubat hambaNya, sejak saat itu, dialah tulang belakang aku. Dialah Rabiatul Adawiyah aku, ya Allah terima kasih, aku lupa, aku alpa, apa saja ada pada pandangan manusia, dia telah berubah, Allah telah bersihkan dia dengan bersih-sebersihnya. Apa layaknya aku menilai dia. Allah mengampunkan dan memberi peluang kepada hambaNya, dan apa hebatnya kita untuk tidak memaafkan dan tidak memberi peluang kepada manusia lain, masuk syurga itu kerana rahmat Dia, bukan ilmu, atau amalan kita. Allahurabbi.
Semoga kisah hidupku menjadi teladan dan sandaran kepada manusia diluar sana yang ingin berumah tangga, jangan dilihat dia pada masa dulu, lihat dia pada masa sekarang. Allah menciptakan manusia penuh dengan kelemahan, kerana itulah kita mesti saling berkenalan dan membantu demi menuju Yang Satu.

* moralnya tiada siapa yang sempurna didunia nie......

Wednesday, September 7, 2011

SENGAL vs BODOH

aku pelik betul dengan manusia2 yang bodoh sombong nie.....eeee simpang (versi ucop wilca).....

Kenaper ek orang yang salah sentiasa di"backup" sebaliknya orang yang buat kerja betul dimarahi...tak ke bodoh namanyer tue....ishk marah betullah dengan orang macam nie...

aku pernah terbaca dalam satu buku agama yang aku bacalahkan...tanda2 akhir zaman ialah yang salah terus2 diagungkan......yang betul nie terus2 ditindas....wey wakeuplah......janganlah mcmnie.......buka skit mind tue...
perangai mcm nielah buat orang melayu terus2 ketinggalan....please lah...

Tuesday, August 23, 2011

4 golongan..


1) Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat……tidak cukup kalau dengan hanya member kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
2) Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri…..walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
3) Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh pula ke abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM….tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
4) Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang / anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar. Firman Allah subhanahuwata’ala yang bermaksud;
“Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka, dimana bahan pembakarannya ialah manusia dan batu-batu…….”
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda, serta anak-anak lelaki anda….kasihankanlah mereka dan diri kamu sendiri…jalankan perintah Allah S.W.T dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas…
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik oleh mana-mana pihak atau tertarik mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan Syurga… semua kaum muslim masuk syurga….janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.
SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKINYA TANPA HISAB
AMIN………YA RABBALA’LAMIN

Tuesday, August 2, 2011

MIMPI

semalam aku bermimpi..dia muncul dalam mimpiku..tapi dia seperti x kenal aku..sedeynyer rase..
dia buat mcm aku x wujud jer depan dia..

aku sangat merinduinyer....aku tahu dia kini dah x perlukan aku tapi aku..
kenaper mesti nak merindui orang yang tak sudi...

ya aku tahu sebab apa.......sebab aku pasti kini perasaan aku..AKU SAYANG KAMU....
tapi xpelah andai aku sudah tidak diperlukan lagi dalam hidupmu M I.

aku cuba message tapi tiada balasan...sekadar ucapan selamat berpuasa.....
kini aku pasti memang tiada ruang aku dalam hatimu..lantas aku cuba untuk melupakanmu..
aku delete semua perhubungan antara aku dan kamu...moga dengan cara ini aku tidak boleh lagi menelefon atau menghantar msg lagi......

berbahagialah kau disana.......aku tahu kau ada orang lain....aku x kisah....andai itu dapat membahagiakan dan dapat memberi apa yang kau inginkan...aku x boleh bagi semua apa yang kau nak.....

terima kasih teman kerana hadir dalam hidup ini walau cuma seketika..tapi cukup membahagiakan....aku juga pasti kau x akan membaca coretan ini......
berbahagialah sayang......salam ramadhan dan selamat hari raya