Mukadimah

“Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya"

Wednesday, September 28, 2011

Mulut.


Mulut adalah digunakan untuk makan...tapi ada jugak yang gunakan mulut untuk mengata orang...dasar mulut longkang......bak kata orang2 utara mulut hebiaq..kenapa kita mengelar orang yang suka mengata orang nie dengan gelaran mulut longkang.....sebab longkang kan busuk.so orang nie tergolong dalam kalangan yang busuk2..mulut busuk, hati busuk....chittt. x baik sungguh kita kalau mempunyai perasan yang demikian.....

bagi orang suka hisap rokok pulak, mulut terdedah kepada kanser...hadoi seram mak nok dengaq pasal kanser mulut nie..mcm mana nak makan, mcam mana nak cakap.....

p/s: moral jagalah mulut anda..sebelum oraang lain tolong jagakan......

Tuesday, September 27, 2011

Masa Luang @ Koleksi @ Hobi

aku suka baca novel dari zaman dulu lagi..dah beribu RM duit aku laburkan untuk  beli novel....tapi bila orang pinjam x pulangkan..sesih rasa hati..tapi nak buat cm mana kan..lau dah orang x pulangkan..sedey doooo.erm koleksi novel aku ada dalam 100 lebih kot...skit jer..lau boleh aku nak buat mini library kat umah aku....

Aku bukan takat baca novel jer...ader lah jugak buku2 keagamaan dan motivasi...tapi jumlah koleksi tue xlah banyak mcm novel...kan aper..bile baca buku mcm tue, x penah nak habis..tapi lau baca novel siap ulang 3-4 kali.heran tul...siap feling2 lagi...erm apa pun x bley...

nie antara novel2 yang ada dalam simpanan....yang lain x sempat nak upload, banyak sangat:......






















.

OPEN HOUSE

Raya..raya.....raya............setiap kali menjelangnya hari raya, ramai rakyat Malaysia yang mendapat penyakit dan mendapat kenaikan berat badan yang melampau. ini disebabkan oleh makanan yang dimasak semasa hari raya. Macam-macam masakan yang tak dapat masa bulan2 biasa ada di bulan syawal...ketupat, rendang, lemang, kuih muih dan macam2 lagi.humangai.....gilo konyang.

Dan yang paling ditunggu2 ialah tradisi rumah terbuka....bagi kaum hawa...baju raya 3-4 pasang disediakan untuk tujuan tersebut....melaram x yah ingat lkah..macam artis ko nyah......sana-sini berhari raya..bukan sehari dua..sebulan....meriah sungguh.....

Sebelum ini, konsep rumah terbuka dijalankan secara kecil-kecilan di mana tuan rumah menjemput rakan taulan datang ke rumah bagi menikmati juadah yang disediakan. Rakan dari kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain turut dijemput.

Itulah Malaysia......sentiasa aman dan sentosa walau terdapat berbilang bangsa dan agama. Sama-sama turut serta dalam merayakan semua perayaan....







Monday, September 26, 2011

X Faham..

Setelah hampir 30 tahun aku hidup nie, aku masih tak faham dengan perangai manusia..kenaper semakin maju sesebuah negara dan teknologi IT nya, semakin manusia hilang pertimbangan, hilang kewarasan, hilang perasan kasih sayang sesama insan. 

Lately nie, kita sering dihidangkan dengan cerita2 tentang anak2 yang buang mak bapak..hey aper nie tuekan tanggungjawab kita sebagai anak untuk menjaga depa, dari kecik sampai besaq depa jaga kita, didik kita dengan ilmu pengetahuan dunia dan akhirat. tapi masih ada yang buat mcm tue. contoh baru2 nie, anak buang bapak kat masjid, MasyaAllah, kesian pakcik tue.....

Pastue, aku baca paper minggu lepas, semakin ramai isteri mendera suami. Hadoiyai..

Mcm luar negara, kekejaman, peperangan berlaku disana sini..banyak yang terkorban.....

dan yang paling aku tak paham dengan orang yang kalau bab bercakap wah dia terhebat, tapi bila suruh buat humangai dia punya bagi alasan...aku paling pantang dengan orang macam nie...x suker taw...

So selama kita hidup nie, jadilah mereka yang ditangisi pemergiaannya dan diingati sampai bila2.....jangan jadi mereka yang dicerca walaupun telah lama tiada didunia ini......


Sunday, September 25, 2011

9 Oktober 1981

9-10-1981 erm tarikh aku dilahirkan...erm...dah 30 tahun rupenya aku hidup didunia nie.apa yang aku dah buat selama aku hidup nie..apa yang telah aku sumbangkan untuk agama aku,negara aku, mak aku, diri aku, keluarga aku,dan kawan-kawan aku. Gembirakah mereka dengan semua yang telah aku lakukan.....

Kini, aku telah melewati angka 30tahun..huhuhuhu.........risau rasanya...kerana hingga ke saat ini aku tidak punya harta selain ibu aku tersayang, tapi aku bahagia dengan cara hidup aku kini tidak menyusahkan sapa2.....sentiasa dikelilingi orang2 tersayang....terima kasih semua atas kasih sayang kalian..

Moga Allah panjangkan usia aku untuk aku lebih menghargai apa yang telah Engkau kurniakan kepada aku...moga aku terus menjadi hambaMu yang taat kepadamu.....

Aku rindu Muhammadku...walau kita tak pernah bersua tapi aku tak pernah kecewa....kerana Sunnah mu sentiasa menjadi ikutan.....

Apa yang aku inginkan dihari lahirku hanyalah dikurniakan kesihatan yang baik untuk aku terus berbakti kepada ibu selagi hayatnya dikandung badan...,terus menjadi hamba yang taat pada perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya..

Tolong ingatkan aku teman-teman andai andai aku leka dan lalai,.........

CAMPAK @ CHIKEN POX....

Orang melayu kita biasa panggil demam campak atau cacar air.orang kata seumur hidup mesti kena sekali.lepas tue dah x kena. yeke????Tapi menurut pengalaman orang lain ada juga yang kena 2 kali, sebabnya campak tue x keluar habis.

Tanda campak keluar habis ialah muncul di tapak kaki.Itu petanda campak dah nak beakhir.Mengikut kata pakar dan pengalaman, campak ni mengambil masa 10-14 hari untuk sembuh. lamakan.ape pun x booleh buat......boring ooo. Bergantung pada daya tahan individu dan mematuhi semua pantang larangnya. 

Tapi jangan ingat habis mcm tue jer..sebab parut yang meriah tue amik masa untuk melenyapkan dirinya.
Orang yang kena campak biasanya akan menjadi teman setia dengan Daun Semambu, Bedak Sejuk, Asam Jawa,. Paling pantang jangan kena hujan ngan makan kicap..

p/s : Please jaga2 kepada semua yang tengah mengalaminyer termasuk EN. AZIZAN AWANG.....hope semuanya back to normal.....

Wednesday, September 14, 2011

AKU BENCI ISTERI AKU

mesti korang mcm pelik kan baca tajuk citer nie....tapi baca dulu..aku dapat citer nie dari sahabatku..so ingat nak kongsilah sama-sama..,


ini cerita tentang isteri aku, orang tua aku telah pinangkan aku seorang perempuan tanpa persetujuan aku, ketika aku mendapat tahu aku bakal dinikahkan cuma tinggal seminggu saja lagi, kelengkapan telah siap, kad kahwin juga telah diedarkan, ketika itu tiada jalan untuk patah balik. atas alasan apa ibu bapaku laksanakannya hanya Allah saja yang tahu. sungguh inilah realitinya...jika Allah kehendakan sesuatu pasti Dia akan buat dan tiada satu pun yang mampu halang. 3 bulan yang lalu ada aku nyatakan hasrat aku untuk menikah, tapi bukan dengan cara begini.


Sebelum itu, nama isteriku, Jazrin, (bukan nama sebenar). Sebenarnya, sudah lama aku kenal dia, sejak dari kecil lagi, aku dan Jazrin sebenarnya berjiran. Aku masih ingat, ketika kami tingkatan satu, dia seorang yang sangat naïf, buktinya Jazrin ada mewakili untuk pertandingan pidato, perbahasan, malah dia sangat disayangi cikgu. Tetapi bila sampai tingkatan 3, sikapnya mula berubah, tudungnya yang sentiasa labuh bila lama kelamaan, semakin pendek, kemudian bila tingkatan 5, kami dikejutkan yang dia ditangkap oleh guru atas kesalahan merokok dan ‘dating’. Tapi bila exam, jarang sekali dia gagal, malah susah untuk dapat C. Memang pandai, tapi akhlak entah kemana.
Sampai masanya, aku sambung belajar, dalam lingkungan umur itu, sepatutnya masing-masing sambung belajar atau kerja, tetapi tidak bagi Jazrin, dia lebih selesa tinggal dirumah menganggur. Pernah satu ketika aku pulang kerana cuti semester, pukul 6.30 aku keluar ke masjid bersama ayah, untuk solat maghrib dan ceramah pada malam itu, kelihatan Jazrin bersama kawan-kawan lelaki sedang melepak, rambutnya kuning, dan paling menyedihkan, ada seputung rokok dihujung jari Jazrin. Ya Allah, bencinya aku melihat gelagatnya rasa nak lempar pasir saja pada muka dia, harap muka saja cantik, tapi, masyaAllah!
Pulang saja kami dari masjid, mereka masih berada disitu, malah lebih ramai, aku bertanya kepada ayah, kemana ibu bapa Jazrin, jawab ayah, mereka ke Indonesia atas urusan perniagaan. Sehinggalah satu hari, seperti ombak aib menghempas kemuka ibu bapa Jazrin, Jazrin hilang lari dari rumah. Seminggu ibu bapa Jazrin berendam air mata dan sepanjang seminggu itu jugalah tak putus-putus ibu bapanya mengadakan bacaan yassin dirumah mereka, dan keluarga kami juga turut terkena tempias sama, ibu tidak pernah putus membantu memberikan semangat dan melibatkan diri dalam pencarian Jazrin, masakan tidak ia tidak terbeban buat kedua-dua pasangan suami isteri itu, Jazrin itu sajalah penawar dan racun buat diri mereka. Tepat jam 10.30 malam, bersama ayah sedang aku bertadarrus, ibu mendapat panggilan yang mengatakan Jazrin telah menyerah diri dibalai polis Johor Bharu. Ibu menangis kesyukuran, dan aku sendiri bercampur baur perasaannya, menyampah ada, lega pun ada. Hendak dijadikan cerita sepanjang tempoh seminggu itu, seluruh kegiatan sosial Jazrin terbongkar.
Siapa teman lelakinya, kelab malam mana yang menjadi kegemarannya, dadah, rokok dan arak jenis apa yang menjadi kegemarannya terbongkar. Semuanya terpalit kemuka kedua ibu bapanya, malu yang teramat sangat. Tapi saat itu tiada apa yang dipeduli, yang penting anak mereka selamat kembali ke pangkuan mereka. Begitulah betapa besar sayangnya ibu bapa terhadap anak. Busuk sekalipun, air dicincang tak mungkin putus. Ombak kembali reda. Saudara mara Jazrin tidak lagi kerumah membaca yassin, dan kami juga begitu, saya sendiri, tinggal beberapa hari lagi untuk kembali ke kolej untuk memulai semester akhir.
1 tahun aku ke Sabah menghabiskan pengajian, dan setelah tamat aku tinggal dirumah sementara menunggu hari
graduasi. Namun masa tidak aku bazirkan sewenang-wenangnya melainkan aku cuba mendapatkan pekerjaan yang sesuai sementara menunggu hari tersebut. Pernah pada satu hari, aku keluar membeli sarapan pagi, aku melihat seorang wanita muslimah bertudung litup sedang menyidai kain, sangkaan aku itu orang gaji pada keluarga Jazrin. Tetapi bila aku amati betul-betul, sah memang itu Jazrin. Alhamdulillah, banyaknya dia berubah. Sungguh kesilapannya telah banyak mengajar. Tapi bukan bermakna aku mahu dia sebagai isteri aku, aku tak mahu mengenangkan kehidupannya dulu. Darah dagingnya telah terpalit benda-benda haram, mana mungkin aku mahukan zuriat dari orang seperti dia.
Tetapi tanpa disangka-sangka, apa yang bermain-main dalam fikiranku benar-benar berlaku. Aku dan Jazrin akan dinikahkan tidak lama lagi.
3 bulan telah berlalu dan kami tidak pernah berbual apatah lagi aku menyentuhnya, melihatnya membuatkan aku benci. Terimbas segala perbuatannya dahulu, dan terbayang gejala dia bergaul bebas dengan lelaki berhidung belang. Sungguh aku benci.
Sehinggalah satu hari, dia menyediakan minuman dan menghulurkan air tersebut pada tanganku, air tersebut panas, bila memegang gelas panas tersebut tanganku pantas melepaskannya kerana tidak tahan menahan panas dari air tesebut, terus gelas itu pecah, dan Jazrin, tanpa bersuara apa-apa pantas mengutip serpihan kaca di hujung kakiku, dan dia menangis. Melihatkan dia menangis aku menjadi keliru dan tidak teragak-agak untuk bertanya kenapa dia menangis. Masih terngiang-ngiang jawapan dia kepada aku.
‘maafkan saya abang, saya tidak mampu menjadi isteri yang baik, tetapi berilah saya peluang, saya tak mahu dihina diakhirat kerana menjadi isteri derhaka dan si penzina yang meminum arak, cukuplah satu dosa berat saya pada Allah’
Berilah peluang. Berulang-ulang kali perkataan itu muncul dalam benak. Seperti hujan yang menimpa atas diri saya, betapa besarnya dosa saya terhadap Jazrin, betapa angkuhnya saya, ya Allah betapa sombongnya dan jauhnya saya daripada mensyukuri nikmatmu. Semuanya kembali jelas dan kali ini air mata aku pula mengalir tidak henti-henti.
Semuanya datang dari Allah, darah daging yang pernah memasuki benda haram bukan bermakna akan lahirnya zuriat biadab, tetapi semua dengan izin Allah, Allah yang beri, tiada yang mustahil bagi Allah. Taubat Jazrin lebih tinggi nilainya, airmata dia lebih berharga berbanding aku, teguhnya dia pada syariat lebih tinggi kerana dia benar-benar telah ‘merasai pahit’ dosa berbanding aku yang sentiasa bergelumang dengan dosa kecil yang aku tidak sedari, Jazrin, dia lebih mengerti erti dosa berbanding aku. Allah, Dia telah berikan aku wanita yang cukup mulia, pandangan kemuliaan itu bukan dinilai dari mata manusia tapi dari Allah, Allah yang lebih tahu taubat hambaNya, sejak saat itu, dialah tulang belakang aku. Dialah Rabiatul Adawiyah aku, ya Allah terima kasih, aku lupa, aku alpa, apa saja ada pada pandangan manusia, dia telah berubah, Allah telah bersihkan dia dengan bersih-sebersihnya. Apa layaknya aku menilai dia. Allah mengampunkan dan memberi peluang kepada hambaNya, dan apa hebatnya kita untuk tidak memaafkan dan tidak memberi peluang kepada manusia lain, masuk syurga itu kerana rahmat Dia, bukan ilmu, atau amalan kita. Allahurabbi.
Semoga kisah hidupku menjadi teladan dan sandaran kepada manusia diluar sana yang ingin berumah tangga, jangan dilihat dia pada masa dulu, lihat dia pada masa sekarang. Allah menciptakan manusia penuh dengan kelemahan, kerana itulah kita mesti saling berkenalan dan membantu demi menuju Yang Satu.

* moralnya tiada siapa yang sempurna didunia nie......