Mukadimah

“Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya"

Thursday, August 25, 2011

ermm


Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.
Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.
Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,
Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.
Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.
Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.
Pak Amin: Oh begitu…. Alhamdulillah selamat anak gua…
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?
Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

balik kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh..
Hati girang
Ho ho... Balik kampung
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

IBU


Jam 6.30 petang.

Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, Along mana?
Mak jawab, Ada di dapur tolong siapkan makan.
Ayah tanya Mak lagi, Angah mana?
Mak jawab, Angah mandi, baru balik main bola.
Ayah tanya Mak, Ateh mana?
Mak jawab, Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?
Ayah tanya lagi, Adik dah balik?
Mak jawab, Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

20 tahun kemudian
Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, Mana Mak?
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, Tak tahu.
Ayah tanya Angah, Mana Mak?
Angah  menonton tv.  Angah jawab, Mana Angah tahu.
Ayah tanya Ateh, Mana Mak?

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah. 


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" 

Ateh  menjawab, Entah. 


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, Mana Mak?
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik. 


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 


Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 


Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 


Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham. 


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.


Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu. 


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat." 


Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah,Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, Mana mak?.
Hanya Adik yang jawab, Mak dah tak ada. 
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    


Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnyaSolat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

RINDU MUHAMMADKU


Sahabat sekalian.
Pada tahun ke 10 kenabian Rasulullah s.a.w, – di saat baginda tertekan dengan bekalan harta yg telah habis, menderita kemiskinan dan dipulau oleh kaum Quraisy, baginda dikejutkan pula dengan wafatnya bapa saudara baginda.
Ya kawan-kawan, beliau ialah Abu Tolib bin Abdul Muttalib yang sentiasa menjadi perisai melindungi baginda dengan kuasa dan pengaruhnya selaku seorang pembesar Quraisy yang bertaraf menteri. Beliau wafat pada usia 87 tahun.
Di saat itu, Baginda menangis bukan menyesali pemergian Abu Tolib, tetapi sedih kerana gagal meng’iman’kan bapa saudara tercinta, yang begitu banyak berjasa. Sepertimana doa Nabi Ibrahim terhadap bapanya, begitulah ditolak Allah permohonan ampun baginda terhadap bapa saudara tercinta, yang gagal beriman hingga hujung hayatnya.
Ya kawan-kawan. Jika permohonan ampun yang dipohon sendiri oleh baginda untuk bapa saudara tercinta yang banyak berjasa pun ditolak, bagaimana halnya dengan kita semua yang belum jelas berjasa kepada baginda dan agama Allah ini? Bayangkanlah..!
Rakan-rakan sekalian,
Sudah jatuh ditimpa tangga. Hanya 1 bulan 5 hari selepas kewafatan Abu Tolib, wafat pula isteri kesayangan baginda Saidatina Khadijah, pada usia 65 tahun.
Kawan-kawan nak tau tak siapakah Khadijah di sisi Rasulullah?
(tarik respond jawapan dari audien – sampai dapat jawapan)
Siti Khadijah,.. Namamu indah…
Uswah hasanah.. tauladan Muslimah
Serikandi pertama… waktu Islam bermula
Kaulah lambang cinta… isteri sejati
Kau korbankan hartamu… tidak berbaki
Siti khadijah.. wanita berhemah
Rasul keseorangan… engkaulah teman
Baginda tersisih… engkau tetap memilih
Baginda dicaci…, engkau tetap menyintai
Pemergianmu di tangisi… tiada pengganti
Alangkah bahagia… beristerikan Khadijah
Agung jasamu… di persada sejarah
Membantu dakwah… baginda Rasulullah
Berbahagialah Khadijah… di sisi Allah.
Ya hadirin sekalian,
Siti Khadijah adalah seorang isteri yang sangat disayangi baginda. Walaupun usianya 15 tahun lebih tua, namun beliaulah satu-satunya isteri yang melahirkan 6 orang putera-puteri baginda. Ini tidak berlaku pada isteri-isteri baginda yang lain walaupun umur mereka jauh lebih muda. Ini bukti betapa intim-nya baginda terhadap beliau sehingga berulang kali baginda nyatakan yang kehilangan kasih Khadijah tidak pernah berganti.
Lebih menyayat hati apabila saya membaca riwayat di saat maut menghampirinya, Siti Khadijah bekas hartawan ini berkata dengan nada penuh tulus kepada baginda. “Wahai Rasulullah.. hartaku telah tiada, telah habis ku labur untuk dakwah mu, namun kalaulah batang tubuhku ini boleh dikau jadikan jembatan untuk menyambung dakwahmu, akan ku relakan juga wahai suami ku…”
Ya Allah, betapa mulianya Siti Khadijah bte Khawailid, seorang isteri yang setia dan tulus, mujahidah ke jalan Allah.
Sidang hadirin sekalian,
Ibnu Ishak meriwayatkan setelah kedua-dua insan ini meninggal dunia, pihak Quraisy lebih berani mengancam Rasulullah dengan berbagai penyiksaan yang belum pernah di alami sebelumnya. Malah golongan bawahan pun berani menabur pasir dan selut ke atas kepala Rasulullah. Ada riwayat yang mengatakan Rasulullah pernah diludah dan dibaling najis. Pernah ketika membantu membasuh kepala baginda salah seorang puterinya menangis terisak-isak kesedihan mengenangkan nasib baginda.
SETERUSNYA KAWAN2, demi melarikan diri dari dugaan itu, baginda cuba keluar berdakwah ke To’if, sebuah daerah yang mana baginda tidak dikenali, dengan harapan penduduk di sana akan menyahut seruan Baginda. Malangnya baginda malah menghadapi tentangan yang lebih pahit lagi.
Peribadi yang bergelar ‘al-Amin’ (ibarat Tan Seri) dan jasa baginda yang pernah menjadi Ketua Pertubuhan jihad bernama ‘Hizbul Fudhul’, Komanden ‘Perang Fijar’, pegawai pemegang ‘kunci Kaabah’ serta bersifat sebagai ‘Jaksa Pendamai’ di Mekah lansung tidak diambil kira oleh penduduk To’if ketika mereka menyiksa baginda. Dakwah baginda ditolak mentah-mentah sahingga dikatakan baginda sebagai ‘orang gila’. dicaci, dimaki bahkan dibaling batu, hingga patah gigi dan berdarah di dahi.
Alangkah malangnya baginda. Sedih tak? – (dapatkan jawapan audien)
Selepas kematian dua insan yang dikasihi itu, tiada lagi penduduk Mekah pengikut Abu Jahal yang mahu beriman dan mendengar seruannya. semua laluan dan pintu dakwah tersekat. Itulah yang menyebabkan baginda berdukacita lalu menamakan tahun itu ‘Tahun perkabungan dan dukacita’.
Akhirnya ancaman terhadap baginda memuncak sehingga Abu Jahal yang juga bapa saudara baginda memerintahkan hukuman bunuh terhadap Baginda. Pada satu malam Rumah baginda dikepung, memaksa baginda melarikan diri bersembunyi tiga hari di gua Thur sebelum melarikan diri ke Yathrib dengan pertolongan Allah bersama sahabat Abu Bakar as-siddiq. Sayidina Ali r.a. sanggup mempertaruhkan nyawanya dengan tidur di tempat tidur baginda pada malam itu.
Hadirin sekalian,
Perjuangan jihad tetap akan menempuh cabaran yang sangat perit. Ini telah Allah nyatakan dalam surah Al Baqarah ayat 214 yang berbunyi…
Ertinya : Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah ?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
Subhanallah, banyak sekali hikmah yang boleh kita pelajari dari sirah ini, betul tak..?
(tanya audien dgn tegas, sampai mereka jawab dgn jelas)
Di antara pelajaran yang sempat saya nyatakan ialah,
1. Rasulullah bukan menyesali pemergian dua insan tersayang, tetapi lebih menangisi kegagalan meng’iman’kan bapa saudara baginda, dan keengganan penduduk Mekah untuk beriman selepas kematian mereka.
2. Baginda bukan menangis atau berdendam kerana disakiti, tapi kasihan atas dosa pelaku yang jahil dan sedih kerana gagal menyampaikan wahyu Allah.
3. Perjuangan dakwah tidak boleh lepas dari melalui pelbagai cabaran.
4. Selain kekuatan ‘akidah’ dan ‘risalah’, kekuatan ekonomi dan pengaruh politik memainkan peranan penting dalam usaha dakwah.
5. Kejayaan perjuangan dakwah baginda walaupun kehilangan bantuan dari insan-insan tersayang membuktikan kuasa Allah untuk meyakinkan pendakwah agar sentiasa bertawakal kepadaNya, walau apapun ujian yang diterima.
6. Berdakwah tidak boleh sendirian, ia memerlukan sokongan para sahabat yang sehati sejiwa dan sehidup semati.
7. Peranan isteri tersangat penting dalam membantu kelancaran usaha dakwah.
8. Faktur umur dan harta bukan menjadi halangan untuk membina sebuah keluarga bahgia dan kekal abadi.
9. Sayidatina Khadijah adalah contoh isteri terbaik – tidak memilih dan menyayangi suami kerana hartanya, bahkan sanggup pula mengorbankan seluruh harta peribadinya demi membantu suami tersayang.
10.Rasulullah contoh suami terbaik – tidak menyayangi isteri kerana umur, kecantikan dan hartanya. Walaupun Khadijah berusia 15 tahun lebih tua, bahkan setelah beliau meninggal dunia, kasih baginda tidak berubah.


WaNiTa


“Aku menjenguk ke surga dan aku melihat kebanyakan penghuninya orang-orang fakir (miskin). Lalu aku menjenguk ke neraka dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. (HR. Bukhari dan Muslim)
Surga dan neraka, adalah tempat yang Allah janjikan bagi setiap manusia…sebaik-baiknya tempat kembali adalah surga, dan seburuk-buruknya tempat kembali adalah neraka…
Wahai kaum wanita…, 
bukankah Allah telah memuliakan kalian…?  Bukankah Allah telah memberikan dan mengangkat derajat kaum wanita …?  menurunkan surat yang isinya adalah kebanyakan adalah urusan yang membela kaum wanita.. petunjuk khusus bagi kaum wanita ..? melindungi hak kaum wanita, memberikan berbagai kemudahan bagi kaum wanita..
Wahai kaum wanita…
bukankah seharusnya kebanyakan dari kaum wanita yang telah Allah muliakan berada di surga..? bukankah seharusnya kaum wanita yang diangkat derajatnya, berada di surga..? bukankah seharusnya surat yang khusus Allah turunkan untuk kaum wanita mengantarkan dirinya untuk menikmati istana di surga…?
Wahai kaum wanita….renungkanlah sejenak....
Apakah kalian tidak menyadari bahwa seringkali kalian membalas nikmat yang Allah berikan dengan perbuatan dosa dan kemaksiatan..?  Pernahkah, kalian merenung sejenak,…merenungkan dosa dan kemaksiatan yang kalian lakukan, atau bahkan kalian tidak tahu bahwa apa kalian lakukan itu adalah perbuatan dosa…? Sudahkah kalian mempersiapkan jawaban ketika dihadapkan pada persidangan Allah….?
Wahai kaum wanita...,
sesungguhnya Rasulullah telah berwasiat kepada kalian, … agar kalian menjaga komitmen syahadat kalian kepada Allah, menjalankan sunnah-sunnah Rasul, menjaga shalat kalian, berpuasa di bulan romadhon, berzakat, bersedekah dengan harta yang Allah titipkan kepada kalian, dan berhaji jika kalian mampu…
Wahai kaum wanita....,
sesungguhnya Rasulullah telah berwasiat kepada kalian, …agar kalian menjaga diri kalian, menutup aurat kalian, tidak memperlihatkan rambut kalian kepada kaum lelaki yang bukan muhrim.. tidak membiarkan diri kalian disentuh oleh lelaki yang bukan muhrim…menjaga pandangan kalian, tidak mengundang dan memberikan kesempatan pada kaum lelaki untuk maksiat kepada kalian…?
Wahai kaum wanita....,
sesungguhnya Rasulullah telah berwasiat kepada kalian,… agar kalian menjaga lisan kalian dari perkataan yang tidak bermanfaat, dari perkataan dusta, dan perkataan yang mengandung kekufuran atas segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kalian…
Wahai kaum wanita.....,
sesungguhnya Rasulullah telah berwasiat kepada kalian,… tetap taat kepada suami yang kalian pilih, senantiasa bersikap sabar, pengertian, lemah lembut dan penuh pengertian.. janganlah kalian meminta dari suami kalian dari sesuatu yang berada di luar kemampuannya,…jangan pula kalian tidak mensyukuri atas apa yang telah diberikan oleh suami kalian.. walaupun itu hanya sedikit… Ingatkanlah suami kalian untuk beribadah kepada Allah jika lupa, sertakanlah mereka dalam do’a kalian…
Wahai kaum wanita....,
sesungguhnya Rasulullah telah berwasiat kepada kalian,… bahwa kalian adalah wakil dan wali Allah..?, yang akan memberikan curahan kasih sayang pada anak yang Allah amanahkan kepada kalian…? Bimbinglah mereka untuk mengenal Allah dan Rasul-Nya, berikan kepada mereka suri tauladan yang baik melalui akhlaq seroang Ibu, kuatkanlah keimanan mereka, berikanlah mereka makanan yang halal walaupun itu sederhana, berkatalah yang lemah lembut kepada mereka.. bersabarlah dalam menghadapi mereka…jadilah sahabat bagi mereka, do’akan mereka agar Allah selalu memudahkan urusan mereka…
Wahai kaum wanita....,
sesungguhnya Rasulullah telah berwasiat kepada kalian, … bahwa hidup di dunia hanyalah sementara…bahwa kehidupan sesungguhnya adalah surga yang abadi… dan balasan terbaik adalah balasan dari Allah.. maka jagalah diri kalian dari perbuatan dosa dan maksiat, penuhilah janji kalian, jagalah kehormatan kalian, berpegang teguhlah pada agama Allah… lalui setiap cobaan dalam hidup ini dengan bersabar dan bersyukur, berikhtiar dan bertawakal kepada Allah… perbaikilah urusan agama kalian dengan mencari ilmu, bergaulah dengan orang-orang yang dapat mengantarkan kalian takut kepada Allah…
Wahai kaum wanita....,
sesungguhnya Rasulullah telah berwasiat kepada kalian…bahwa sebaik-baiknya perhiasan dunia adalah wanita sholeh.. maka, berniatlah untuk menjadi wanita sholehah dengan segenap kemampuan…agar mencapai kehidupan dengan penuh kebaikan..dan mengakhirinya dengan penuh kebaikan…

Wednesday, August 24, 2011

WANITA AGUNG


Bismillahirrahmanirrahim.....
Sejarah percintaan baginda Nabi Muhammad saw dengan Siti Khadijah telah banyak memberikan inspirasi kepada umatnya. Saya sendiri sering mengambil contoh kisah percintaan baginda sebagai panduan dalam bercinta dan memilih bakal isteri.
Dengan mengikuti, memahami dan menghayati kisah cinta baginda, kita dapat pelajari banyak perkara yang akan menjadi sumber kekuatan kita dalam melayari hidup sebagai hamba-Nya. Antara pengajaran besar yang dapat kita pelajari ialah:
  1. Bagaimana Siti Khadijah menjaga maruah diri dan memartabatkan dirinya dengan menjadi usahawan yang berjaya. Gambaran ini jelas menunjukkan bahawa wanita seharusnya berusaha menjadi insan yang dihormati dan berjaya dalam kehidupannya. Siti Khadijah tidak bergantung kepada orang lain untuk mendokong dirinya tetapi kepada perniagaan yang dibinanya sendiri. Selain itu beliau juga membantu ramai pedangan-pedangan lain untuk turut sama mencari rezeki.
  2. Meskipun Siti Khadijah seorang yang baik hati dan rupawan,  beliau juga pernah diceraikan suaminya. Kenapa Allah memilih wanita bergelar janda ini sebagai isteri kepada manusia no.1 paling hebat di dunia dan akhirat? Tentulah ada hikmah disebaliknya. Ramai janda yang merasa hina dan malu dengan statusnya tetapi Allah telah lama memuliakan mereka dengan kisah percintaan dua insan hebat ini. Asal saja berhati mulia dan taat kepada-Nya, gelaran janda bukanlah satu bebanan untuk para wanita merasa hina.
  3. Jika seandainya wanita hari ini punyai rupa, harta dan kekuatan pada bangsanya maka Siti Khadijah terlebih dahulu memiliki semua itu. Beliau sering dilamar oleh pembesar Quraisy yang sanggup membayar berapa pun mas kahwin yang diminta tetapi Khadijah menolaknya dengan halus dan baik. Beliau bukan seorang yang gilakan harta.
  4. Siti Khadijah melamar Rasulullah. Sejarah ini sering dijadikan hujah oleh para ulama dan ustaz yang ingin memperbetulkan kesalahan tanggapan masyarakat yang menyatakan wanita tidak boleh melamar lelaki. Seperti kata peribahasa melayu ‘Mustahil perigi mencari timba!’. Hal ini tidak benar. Jika kamu menemui seorang lelaki yang soleh dan terbuka hati untuk mempersuamikannya, maka segeralah melamarnya sebelum terlewat.
  5. Rasulullah tidak berharta tetapi berakhlak mulia, amanah, taat dan punyai kehormatan diri yang tinggi. Sejarah ini menggambarkan kepada kita bahawa tidak semestinya lelaki yang tidak berharta itu hina berbanding lelaki kaya. Mulia pada hakikat sebenar terletak pada akhlak dan agama seseorang. Namun itu bukan bermaksud lelaki perlu menjadi miskin untuk menjadi semulia Rasulullah. Kita perlu berusaha, dan rezeki itu ditangan Allah.

Tuesday, August 23, 2011

SENYUMAN


  1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
  2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
  3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
  5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
  6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
  7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
  8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
  9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
  10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
  11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
  12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
  13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
  14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
  15. Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

4 golongan..


1) Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat……tidak cukup kalau dengan hanya member kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
2) Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri…..walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
3) Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh pula ke abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM….tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
4) Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang / anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar. Firman Allah subhanahuwata’ala yang bermaksud;
“Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka, dimana bahan pembakarannya ialah manusia dan batu-batu…….”
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda, serta anak-anak lelaki anda….kasihankanlah mereka dan diri kamu sendiri…jalankan perintah Allah S.W.T dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas…
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik oleh mana-mana pihak atau tertarik mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan Syurga… semua kaum muslim masuk syurga….janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.
SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKINYA TANPA HISAB
AMIN………YA RABBALA’LAMIN

rindu buat ayah

kulukis bayangmu di kanvas rembulan untuk mengenang setiap tetes peluh
yang mengucur deras dari tubuh
kala orang masih asyik memeluk selimut 
kau telah bergelut dengan embun yang menempel di pohon-pohon
 sagu berbekal semangat dan kerja keras
mengais rezeki dari putih sarinya
kini kau telah pergi mengadap penciptaNya...
kami amat merinduimu AYAH
dikala fajar syawal kian menyinsing..
sesungguhnya bahagialah kau disisiNya...

* 25 Ogos 2004, pukul 7.45 pagi..ayah kembali kepada pencipta yang agung..........
Al-Fatihah.....

Monday, August 22, 2011

S.A.H.A.B.A.T

ntuk kali ni aku belum bercadang untuk mula menceritakan mana-mana insan bergelar kawan lagi..tapi aku akan mula nanti.Nanti!Jangan tekan Alt+F4 lagi..Baca ni:

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa…..
Kecuali diri sendiri tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya..? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami. Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.

Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?

Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yang hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..

Sebagai kekuatan…..
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan…..Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..Kita tidak tahu.
Tetapi….. jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu…..

RENUNGILAH…
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA…..

Sunday, August 21, 2011

sabtu ahad yang merimaskan

last wekend (20/21-8/2011) aku telah menyopingkan diri dengan anak2 buah di sekitar shah alam (PKNS, PLAZA ALAM SENTRAL, SACC MALL, oso around seksyen 18)......

Kami naik kete, masyaAllah takdo tempat paking..ha last sekali nundia paking kat tasik nue......nalakaruppan jauh kena jalan.......seb bek masa p x ujan..sampai kompleks orang x ramai sangat syok je jalan....pastue p SACC sama jugak x ramai..then terus p PAS...jalan2..p kedai tepon, tukar tepon amik galaxy....

Then, patah balik ke Kompleks, MasyaAllah ramainyer..nak jalan pun susah...jalan2 pusing2 dapat jugak baju melayu yang aku cari..rege RM159 then dapat kurang RM 155 so sad.....tapi tahun nie tgk baju melayu giler mahal.

Rasa rimas sangat nak jalan biler ramai2 nie.bersentuhan sama lain.laki pompuan bersentuhan tapi nak buat mcm mana.....terpaksa..,

erm......sebab gaji ngan bonus dapat sekali so semuanya soping sakan...aku????erm banyak benda lagi x beli, handbeg, kasut, tudung...erm sume tak beli lagi..

Wednesday, August 17, 2011

Rindu

Sukarnya ku nyatakan perasaan padamu
yang semakin menebal bersesmi di kalbuku..
sungguhpun demikian..
terpaksa ku terima
hakikat yang sebenar
diri ini sebenarnya dicintai
beratnya hati ini untuk meninggalkanmu
sudah pasti kau luka
dan andai ku pilihmu jadi kekasihku
bagaimana dengan dia yang terdahulu
menyintaiku
sungguhku serba salah............

* awak doa saya moga awak cepat sembuh dan beroleh kejayaan


LAKI TAKUT BINI

tibe-tibe aku terpanggil untuk mengupas isu ini, kerana lately nie aku tengok ramai suami yang takut bini @ queen control. Ape kes la boleh jadi mcm nie ek...aku x respectlah lelaki mcm nie. Sanggup biar bini tengking2, marah2...hey wakeup man..jangan jadi mcm tue....kalau sayang bini pun agak2 lah....Asal aku nak citer pasal nie adalah kerana satu kejadian semasa aku balik keje semalam..

Situasi 1: 
Pasangan suami isteri india, baru balik dari soping kat Mydin, sebab aku tengok dia bawa plastik Mydin...turun dari bus, si isteri dah bising2......aku pahamlah dia cakap, sebab aku memang tahu cakap india kan...dia marah2 laki dia pasal laki dia jatuhkan satu beg plastik yang ada barang ape ntah..dah lah mamat tue bawa banyak beg....yelah terjatuh nak buat macam mana kan..dia boleh p tengking laki dia kat situ gak..cian laki dia terkebil2 bijik mata malu kat aku.....pastue boleh plak dia suruh laki dia p sungai besi  beli barang ape ntah lagi...dah kena jalan kaki plak mamat tue pagi sane...kalau karang2 pegi kenapenyer....walaupun dia bangsa lain tapi perikemanusiaan aku nie masih tebal....yelah cian kat diakan.........errmm ape pu x boleh.........sabar dan redha yelah ane......

Situasi 2:
Kejadian di pasar ramadhan, sepasang husband and wife yang tengah membeli belah...sian laki dia, nak makan aper pun kena tanya bini..lau bini x bagi beli, tak beli lah..ishk geram plak aku tengok..dah ko nak makan, beli jelah....dah kalau dia x nak makan. ko beli skit untuk ko dah le.....

Situasi 3:
ada sesetengah lelaki nie, bagi semua password email ker, dia pun laman sosial pun semua bagi password kat bini...., hello benda2 macam tue kan xpayah lah nak bagi password, buat gaduh jer semua nie.....itu aku oklah lagi tapi lau depan bini pijak semut x mati, tapi belakang bini dia nauzubillah...hadoiyai..aku tak boleh blah tul ngan orang mcm nie....(orang mcm nie layak pun kena queencontrol)..hahahhah.....

Hadoi

Sape yang sudi nak ajar aku mcm mana nak cantikkan lagi blog nie...etc masukan lagu ++++, pening kepala aku dah seharian mencari tp still x dapat, tanya Che Li pun dia xtaw..almaklumlah dia x pernah terlibat dalam bidang pemblog'kan nie....tolong ye sesape yang sudi nak help aku nie...hadoi tekanan betul sampai sakit belakang aku....erm ape plak kaitan x reti nak begger blog ngan sakit belakang...ntah aku pun x paham...apa pun x bley nyer pun....

Tuesday, August 16, 2011

Ramadhan Al-Mubarak


Kita lihat disekeliling kita, ramai manusia menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Ini adalah satu situasi yang baik dan sangatlah beruntungnya seseorang itu apabila menunaikan ibadah ini dengan penuh tawaduk dan semata-mata kerana Allah s.w.t.
Alangkah ruginya seseorang itu apabila meninggalkan ibadah puasa ini yang telah difardhukan keatas tiap-tiap seorang muslim. Tersangatlah ruginya. Di bulan Ramadhan ini apa sekalipun ibadah yang kita lakukan pastinya akan dilipat gandakan pahalanya. Bagaimana pula dengan dosa? Adakah melakukan satu dosa di bulan Ramadhan juga akan dilipat gandakan dosanya? Wallahu Alam. Anda sendiri tafsirkannya.
Apa yang dikatakan pula meninggalkan satu kefardhuan yang lain? Contohnya seorang muslim itu menunaikan ibadah puasa tetapi dengan sengaja meninggalkan kewajipan yang lain seperti tidak menutup aurat dengan sempurna terutamanya kepada wanita muslimah. Walhal menutup aurat itu adalah suatu kewajipan keatas tiap-tiap muslimah di atas muka bumi ini walau dimana mereka berada. Tetapi mengapa mereka meninggalkannya? Masakan boleh seseorang wanita muslimah itu melakukan ibadah puasa yang hanya 30 hari dalam setahun tetapi mendedahkan aurat  mereka 365 hari setahun!!. Sedangkan menutup aurat itu adalah bersifat sentiasa tidak boleh tidak mendedahkan aurat walau satu hari pun. Itu tidak termasuk mereka yang memakai perhiasan yang berlebihan(makeup) dan juga minyak wangi. Yang sudah tentunya haram bagi mereka sekiranya menunjukkan kepada lelaki yang bukan muhrim.

Begitu juga pada mereka yang menunaikan ibadah puasa tetapi pada masa yang sama sengaja meninggalkan solat fardhu. Mungkin mereka menunaikan solat fardhu pada bulan Ramadhan bagi menghormati bulan ini tetapi meninggalkan solat fardhu selepas berlalunya ibadah puasa. Adakah tindakan ini betul? Adakah ini yang diajar dan disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada umat manusia? Sedangkan solat fardhu diwajibkan ke atas umat muslimin dan muslimat sepanjang masa selagi kita masih hidup. Jadi mengapakah kita masih meninggalkannya?
Seperti kata Imam Ghazali, ramai manusia yang berpuasa tetapi cuma dapat lapar dan dahaga sahaja. Apa yang diharapkan untuk mendapat pahala di dalam bulan Ramadhan ini langsung tiada. Cuma penat yang menerpa. Maka sia-sialah usaha mereka untuk mendapat keampunan Allah s.w.t dibulan mulia ini. Nauzubillah.
Pada akhir tazkirah tersebut, ustaz berpesan supaya kita takut pada Allah s.w.t yakni sentiasa bertaqwa kepadaNYA walau apa yang kita lakukan. Taqwa itu adalah wasiat nabi. Selalunya lepas solat Jumaat kita pasti mendengar khatib akan berkata "Ittaqullah" yang bermaksud takutlah kepada Allah. Oleh itu marilah kita bersama-sama menyampaikan kepada umat Islam terutamanya kepada keluarga,sahabat-sahabat dan umat muslimin dan muslimat mengenai hal ini.
أَيَّامًا مَّعْدُودَاتٍ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَّهُ وَأَن تَصُومُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
(Iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 184)

 

Antara kelebihan besar bulan Ramadhan ialah di dalamnya terdapat lalilatul-Qadar atau malam al-Qadar (kemuliaan) yang dinyatakan keistimewaannya secara khusus oleh Allah dalam surah al-Qadr
Cukuplah saban tahun kita mengorbankan 10 Malam Terakhir Ramadhan dengan persiapan Hari Raya, berlepak-lepak, dan bermain mercun bagi kanak-kanak. Cubalah kita persiapkan awal-awal lagi persiapan raya itu agar kita dapat menumpukan perhatian pada 10 Malam Terakhir Ramadhan tahun 2011 ini. Apasalahnya kan?
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar". (al-Qadr: 1-5)
Dalam surah ini kita melihat kelebihan malam al-Qadar iaitu;
Ia merupakan malam penurunan al-Quran. Menurut Ibnu 'Abbas; penurunan yang dimaksudkan ialah penurunan al-Quran secara sekaligus dari Luh Mahfudz ke Baitil-'Izzah yang terdapat di langit dunia/pertama. Setelah itu barulah diturunkan berperingkat-peringkat kepada Rasulullah s.a.w. selama 23 tahun.Beramal pada malam al-Qadar lebih baik dari beramal selama seribu bulan (iaitu 83 tahun 4 bulan) yang tidak terdapat di dalamnya malam al-Qadar.Pada malam itu, Jibril dan juga para malaikat turun ke langit dunia atau ke bumi dengan membawa kebaikan dan keberkatan yang ditetapkan Allah untuk tahun tersebut hingga datang malam al-Qadar berikutnya. Menurut Imam Ibnu Kathir; "Banyaknya malaikat yang turun pada malam al-Qadar adalah kerana banyaknya keberkatan malam tersebut. Para malaikat turun bersama turunnya berkat dan rahmat sebagaimana mereka turun tatkala mendengar bacaan al-Quran, mereka melingkungi halaqah-halaqah zikir dan mereka membentangkan sayap-sayap mereka kepada orang yang keluar mencari ilmu untuk membesarkannya".Malam al-Qadar itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar, yakni; pada malam tersebut Allah tidak mentakdirkan melainkan perkara-perkara yang baik, selamat dan sejahtera. Ada ulama' berpendapat; pada malam al-Qadar itu para malaikat yang turun akan mengucap salam kepada sekelian orang beriman yang mereka temui sama ada lelaki atau perempuan.
Walaupun surah di atas tidak menjelaskan bilakah akan munculnya malam al-Qadar?, namun jawapan bagi persoalan ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w. dalam sabdanya;

I

تحرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاْخِرِ مِنْ رَمَضَاْنَ
"Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan"
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah R.A)