Mukadimah

“Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya"

Monday, July 13, 2009

kedudukan wanita

dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud:
sebaik-baik wanita adalah yang menyenangkan bila dilihat, taat bila disuruh dan tidak mengkhianati janji keluarga dan hartanya atau mengkhianati sesuatu yang dibenci oleh suaminya.
Dari Anas dikatakan yang bermaksud:
Sebaik-sabik isteri kalian adalah isteri yang suci dan mengghairahkan : suci kemaluannya dan mengghairahkan bila bersetubuh.
Rasulullah SAW bersadba yang bermaksud :
Apabila seorang wanita telah menjalankan solat lima waktu, berpuasa pada bulan yang ditentukan (puasa ramadan), menjaga penghormatannya dan mematuhi suaminya, maka dikatakan baginya: Masuklah engkau ke syurga dari pintu manapun yang engkau kehendaki

sambungan....

Oleh itu sebahagian kita yang mendapat kebenaran meninggalkan puasa pada ramadan yang lalu. antaranya orang yang dalan musafir, wanita sedang haid atau nifas, wanita hamil, golongan mempunyai masalah kesihatan mahupun pekerja yang terpaksa melakukan kerja berat dan menggunakan banyak tenaga.
bagi mereka ini, kebenaran meninggalkan puasa bukanlah untuk mengecualikan mereka daripada ibadah puasa, akan tetapi kewajipan menunaikan qada' (ganti) puasa haruslah diambil kira supaya tidak tergolong di kalangan hamba Allah yang rusi pada kemudian hari.
Firman Allah yang bermaksud " puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu, maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain.

Sunday, July 12, 2009

...ambil peluang rejab lunas hutang puasa ramadan...

Apabila masuk rejab, ia menandakan ramadan akan berkunjung tidak lama lagi. ramadan yang dikenali sebagai penghulu segala bulan, menjanjikan kelebihan luar biasa serta membuka peluang seluas-luasnya kepada setiap Muslim memohon keampunan kepada yang maha pencipta.
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:' sesiapa yang menghidupkan ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran, diampunkan baginya segala dosan yang sudah lalu" hadis riwayat bukhari dan muslim)...
oleh sebab itu, kenikmatan dan kerinduan mengunggu tibanya ramsan hanya akan dapat dirasai oleh jiwa yang sentiasa peka terhadap han dan tuntutan Allah kepadanya.
Puasa adalah perkara asas dalam isla yang seterusnya menjadi kayu ukur kepada tahap keimanan seseorang muslim. Namun islam tidak pernah memberatkan hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu ditunaikan.
Firman Allah yang bermaksud : "Allah tidak akan memberkati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia juga menaggung dosa kejahatan yang diusahakannya" (Surah al-Baqarah, ayat 286)..
* oklah kengkawan seterusnya bersambung esok k...heheheh banyak keje nak kena buat so tak sempat nak berblog lagi""........

Friday, July 10, 2009

...meeting ...

sabtu...sabtu pun aku kena keje..adussshhhh...kul 7.00 dah g keje tau..mcm hri keje biase lak..penat oo...dahlah semalam balik keje lambat.balik jer trus tido..., penat gilo.....arinie mai kul 700 pagi.....tatau la nak balik kul baper.....sengal ubi tul...balik umah kang nak kena lipat kain pulak....arghhhhhhhhhhhh..., tekanan bila lah nak duk berehat....nak makan orang hantaq mai, nak mandi orang bawa pi....kan best.....tapi tue semua hanya mimpi yang tak mungkin jadi kenyataan...

Thursday, July 9, 2009

....renungan buat semua...

JOHOR BAHRU: Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.Berikutan itu seorang daripada AJK minggu orientasi memeriksa bilik berkenaan yang berkunci dari dalam itu.AJK terbabit membuat aduan kepada pengetua kolej kediaman sebelum pengawal keselamatan diarah menyiasat.Sebaik pintu dibuka, pengawal keselamatan terbabit terkejut melihat sekujur tubuh tanpa seurat benang terbaring kaku dengan percikan darah di lantai.Lebih mengejutkan, penemuan bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa tidak jauh dari mayat wanita itu.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.“Berdasarkan siasatan, mangsa berasal dari Kelantan dan belum berkahwin. Dia disahkan meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui.“Kami percaya besar kemungkinan kematian mangsa berpunca daripada pendarahan serius selepas bersalin.“Namun, kita tetap meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dan melihat sama ada wujud kemungkinan ada unsur jenayah,” katanya.Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama.“Buat masa ini kami dalam proses mengenal pasti pasangan wanita berkenaan bagi membantu siasatan, manakala mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis Johor di talian 07-2212999 atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.Sementara itu, Penolong Pendaftar Perhubungan Media UTM, Sabri Ahmad, ketika dihubungi memberitahu mangsa sudah ditamatkan pengajiannya pada Januari lalu selepas gagal pada peperiksaan akhir Semester 1 sesi 2008/2009.Menurutnya, bilik berkenaan disewa wanita terbabit sejak 11 Mei lalu kerana polisi UTM membenarkan orang luar menyewa bilik asrama ketika cuti semester.Ditanya tindakan seterusnya berhubung kes itu, Sabri berkata, pihak kampus tidak dapat menangani kes berkenaan seperti kes biasa membabitkan pelajar memandangkan mangsa tidak lagi berstatus pelajar selepas ditamatkan pengajiannya.“Bagaimanapun, kita akan berusaha membantu pihak berkenaan berhubung urusan berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.Berhubung dakwaan kemungkinan teman lelaki mangsa pelajar UTM, Sabri berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana buat masa ini belum ada maklumat mengenainya.
* Moral of the story..wanita..ingatlah kita juga yang akan jadi mangsa akhirnya..so pikir2kanlah apa yg kita buat tue..pikirkan orang sekeliling dan perasan2 orang lain...

.....perempuan...

1. Bulu kening -Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) -"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31) Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
3. Wangian -"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).
4. Dada -"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)
5. Gigi -'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani) -"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Muka dan Tangan -Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).
7. Tangan -"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).
8. Mata -"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31). -Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).
9. Mulut (suara) -"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32). -Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).
10. Kemaluan -"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31). -"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar). -"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).
11. Pakaian -"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. -"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).
12. Rambut -"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
* ingatlah wahai sahabat...sesungguhnya apa yang sedang kita lakukan kini..(Pesanan untuk diriku jua)

...Kursus BTN...

yehaa...sume kursus telah selamat aku dan kengkawan aku jalani..rupernyer kursus BTN nie taklah seperti yang diceritakan oleh mereka2 yg dah pegi..maybe time dorang pegi.xtvt dia penuh..tapi time aku dan kengkawan aku pegi xtvt tak same cam dorang kan.....rumusan yang boleh aku buat tentang kursus nie ialah..menaikkan semangat kenegaraan....timbul kesedaran dalam mempertahankan tanah air kita yg terchenta nie...baru kita sedar betapa untung nya kita sebagai rakyat Malaysia..hidup dalam keselesaan, kesenangan.....tanpa ada rusuhan, peperangan...lau ada pun..mungkin berperang dengan perasaan sendiri lah kot....oooppppssss.......Ya Allah aku bersyukur padamu....kerana negara ku aman damai.....nie adalah serba sedikit gambo yg dapat disnap oleh budak2 team aku..hari last masa kembara..time nie jelah yg boleh guna handpone, kamera dan sebagainyer. hari lain usah berharap...dilarang sama sekali..so enjoylah dgn gambo2 nie...



ha pas nie tunggu nak exam jer ...PTK ooo....susah tak ek?????aku kena 11/8/09..nie ngeri ooo..buku beli dah tapi haram tak baca.............