Mukadimah

“Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya"

Monday, December 12, 2011

Kasih Ibu

ALAU SAYANG IBU, BACA LA , TAK LAMA PUN, 5 MINIT JE .

Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00

2) TOlOng jaga adik : RM4.00

3) TOlOng buang sampah : RM1.00

4) TOlOng kemas bilik : RM2.00

5) TOlOng siram bunga : RM3.00

6) TOlOng sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .

Thursday, December 8, 2011

iyeke?????

Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tak digalakkan untuk minum air. Jika boleh, anda cubalah elakkan. Tapi, kenapa plak agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut? Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.

minum air
Minum air - allthelook.org

=>> 7 waktu yang saya maksudkan tu adalah:


1. Sebaik saja bangun tidur.

Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.

2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.

3. Selepas memakan buah-buahan.

4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika.

Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie).

5. Sewaktu tengah makan.

Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.

6. Sebelum atau sesudah makan.

Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.

7. Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan.


Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit kot. Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.

Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut dulu. Lepas 21 hari, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya.


* yaka.....xpalah pas nie aku try buat,.....

X Suker

erm.. mcm mana ek nak citer ..takut salah cerita ada yang marah..tapi hakikat depan mata..kisahnya tentang MLM (tapi sebelum tue maaflah ye pada yang terasa) nie bukan apa...sekadar pandangan..masing-masing ada pandangan..so sape2 pun berhak untuk bagi pandangan dan pendapat.......ishk ape aku merepek......

Mcm nie.., selama aku hidup nie..aku selalu dengaq pasai MLM nie..MLM tue aper???ha Multi level marketing...betoi ka aku cakap tue..???? rasa2 betoi la kot...ishk aku rimas tul ngan golongan nie....secara tak sedaq depa memaksa kita tuk buat benda2 yang kita x suka..maaplah no..Contoh..cara depa nak tarik kita untuk p dengaq depa punya merapu tue....apa org panggil NDO kan...ishkkk......ayat memujuk depa tue skema ja semua.......semua MLM aku rasa ayat sama ja.apakah mereka telah diajaq untuk menghafal ayat pujukan nie...ayat lebih kurang mcm nielah.." kami dah nampak benda nie"....kami nak tolong .., ha nak pakai keta besaq , nak rumah besaq....apa2 lagi lah..pastue kena cari orang...bayaq riban2.....ishk.....bukan senang nak senang lah beb......

Kalau dah kata nak tolong..awat xp cari orang2 susah2 kat luar tue..bawa depa joint..untuk jadi kaya mcm golongan nie......ha penah x terpikir..depa x ajak orng ssh joint sebab depa x ada duit........nak buat modal.......korang mesti terpikirkan kenaper tetibe aku duk merapu bab mlm nie..ha sebab anak buah aku kena tipu ngan kawan dia..kata nak p makan ......rupa2nya bawa dia p dengaq benda nie..apa lagi mengamuklah dia.....hahahaha....sampaikan bos mlm tue tepon sendiri paksa dia dengaq...hahahha..gilo kentang berani anak buah aku nie...tapi mak respek nok.....dia berani gtaw..dia x suke benda nie.....leh plak mamat tue cakap...kami x paksa tuk joint tp minta datang dengaq ja dulu.., then anak buah aku leh sound dia.."en, sedar tak dalam masa sama, encik tgh paksa saya"...ha terus terdiam anak buah aku..syabas bette...

Endingnya.., dia berangin sampai pagi nie...hahahaha...sabar kakak....sabar...........jom kita enjoy..layan lagi ombak rindu......mak suke nok..

P.A.R.A.N.O.I.D

Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga PARANOID bermaksud gangguan mental yang merujuk pada seseorang yang percaya bahawa orang lain sentiasa mengancamnya atau dirinya berkedudukan penting (Walaupun pada hakikatnya tidak). Kecenderungan untuk mengesyaki dan tidak mempercayai orang lain dengan berlebih-lebih.

Ha, zaman sekarang nie ramai sangat yang berperangai seperti maksud diatas kan. adoinyerpun...kenape ek..???konpius mak nok...sentiasa rasa diri tue mangsa.....tapi pernah ke tgk cermin, tilik2, tenung2, renung2...rasa2 penah tak sekali sekala jadi pemangsa (yang membaham),..

Jika rasa penah jadi pemangsa, so no wonderlah kalau kita jugak jadi mangsakan.ala fair and squarelah kan...xkan selamanya kita diatas...orang mcm nie boleh jugak dikatakan PAROKIAL yakni mereka yang berfikiran sempit...

Leteh la sayer memikirkan golongan nie yang masih wujud... Apa masalah dia ek..., aku bukan tujukan kat sapa2 pun, just bercerita secara general...tapi....ha kalau terasa tue.......erm.. ader mak kesah....

Oklah fikir2kan....renung2kan..selamat beramal...ingat kita tak selamanya diatas..dan jangan lupa kita ada Dia yang sentiasa memerhati.........


Menyentuh Kalbu

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hati
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya


Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Wednesday, December 7, 2011

Filem Vs Novel

Well...well...well...semalam aku dah pun menonton citer Ombak Rindu..ala flem yang tengah menjadi fenomena kat Mesia nie.....Panggung penuh.., ramai giler tgk.... dalam bab-bad sedey tue ader jugak yang kelakar, 

Citer oklah xlah berat sangat...cuma naluri aku nie sebagai seorang Bini membuatkan aku cepat no tersentuh, sedey,Citer dia xlah sama sangat dgn novel tang part parent izzah meninggal tue..dalam novel parent dia meninggal sebab xcident, tp dalam filem parent meninggal sebab lemas di laut.

Suke plak tengok maya karin pakai tudung..walau senget benget, tudung x iron tp tetap lawa, syabas lah buat pengarah dia Osman Ali.....mamat nie suke buat filem yang x berat sangat tapi citer dia best mcm filem Cun..dia jugak yang buat....best..layan je tgk, x payah kita plak nak penat2 pikir.....


Pape pun Mak suker nok citer nie......


Poster Filem Ombak Rindu

Tuesday, December 6, 2011

Ombak Rindu


Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

* so malam nie aku nak p tengok citer..aderkah sama sebijik mcm dalam novel..esok aku akan story k..hahahhahaa