Mukadimah

“Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya"

Monday, October 31, 2011

AKhirnya...

Samsung Galaxy S series
Samsung i9000 galaxy s.jpeg
ManufacturerSamsung Electronics
SeriesSamsung Galaxy S
CarriersSee article
Compatible networksDual band CDMA2000/EV-DO Rev. A 800 and 1,900 MHz;
WiMAX 2.5 to 2.7 GHz;
802.16e 2.5G(GSM/GPRS/EDGE): 850, 900, 1,700, 1,800, 1,900, and 2,100 MHz;
3G (HSDPA 7.2 Mbit/sHSUPA5.76 Mbit/s): 900, 1,900, and 2,100 MHz;
First releasedJune 2010
DiscontinuedStill available (in some countries)
PredecessorSamsung Galaxy i-7500
SuccessorSamsung Galaxy S II
RelatedSamsung Galaxy Player,Galaxy Nexus
TypeTouchscreen smartphoneAndroid
Form factorSlate (most versions)
Slider (Sprint version)
Dimensions122.4 mm (4.82 in) H
64.2 mm (2.53 in) W
9.9–14 mm (0.39–0.55 in) D.
Weight118–155 g (4.2–5.5 oz).
Operating systemAndroid 2.2.1 with TouchWizUI 3.0. Upgradeable to Android 2.3.5
CPUSamsung Hummingbird S5PC110 (ARM Cortex A8), 1 GHz
GPUPowerVR SGX 540 (128 MB For GPU Cache)
Memory512 MB RAM
Storage1–16 GB (flash nand memory)
Removable storagemicro-SD (up to 32 GB supported)
BatteryLi-pol 1.5 Ah
Talk time: 2G, 803 min.; 3G, 393 min.
Standby time: 2G, 750 hr; 3G, 576 hr.
Data inputs
Display800×480 px, 4.0 in (10 cm) at 233 ppi WVGA Super AMOLED (0.37 megapixels) with mDNIe
External displayTV out via headphone jack, mDNIe Via WiFi(HD)
Rear cameraMP with auto focus; 720p HD video(12 Mbps); self-, action, panorama, and smile shot; stop motion; add me
Front-facing VGA camera (some models)
Connectivity
OtherTV out, integrated messagingSocial Hub, Android Market, Samsung Apps, A-GPS, augmented reality with Layar Reality Browser, video messaging. Exchange ActiveSync, offline, and no SIM Mode, voice command, RSS reader, widgets, smart security[1]
Alhamdulillah, akhirnya aku dapat guna tepon nie, walau pun agak lambat dari orang lain..huhuhuhu..

Thursday, October 27, 2011

Broga Hill

Ha..skunk nie aku ada hobbies baru.....tracking.....sebenaqnya dah lama aku suka buat xtvt nie, cuma la nie ja lama tinggal, tapi since pegi team building ritue, trus hobie muncul balik..so sempena kesempatan cuti Deepavali tue..aku ngan anak buah aku pun merancang pegi panjat bukit broga..nun jauh kat semenyih, kami gerak dari rumah kul 5.15 pagi..........tok tek tok tek......sampai kul 6.00 pagi......

Masa kami sampai tue pun orang dah ramai..paking dah x banyak dah..yelah ramai nak tgk matahari terbit, x terkecualilah kami.....hehhe tetapi disebabkan oleh aku pening2 pitam, sebab perut lapaq, kami take time skit lah sampai kat atas tue....humangaaiii.....boleh tahan lah tinggi dia., trak dah ada cuma laluan dia agak mencabar skit,sebab malam tue kan ujan, so agak licin......merbahaya untuk bot2 kecil....hehhe merapu apa plak aku nie..

MasyaAllah ramai nya orang..melayu, cina........budak2 student pun ramai, yang bawa anak, yang bawa anjing pun ado, hadoi ai......menyusahkan orang2 yg penakut macam aku nie...

Mula-mula aku dah giveup xnak naik dah sebab dah x larat habis....tpi atas dorongan anak buah aku. aku gagahkan jua..akhirnya ermm sampai jugak aku...lalalal...den suko...

Kat atas tue angin sepoi2 bahasa.....amboi syahdu amat...Pas duk 5-10 minit, kamu decide nak turun sebab nak balik awai, ada hal......alamak nak turun ada masalah skit, sebab bahaya........tapak yang sedia ada tue dah x nak.........licin sangat, aku nak turun pun minta bantuan rumput2 dan pokok2 kot tepi tue.....lau x mau tergolek2......tapi seb baik lah...aku berjaya tanpa ada masalah......Alhamdulillah.....

Syoknya rasa, bila kita berpeluh2..rasa sihat jer............erm..nielah permulaan kepada hobi aku nie...pas nie insyaAllah akan ada lagi bukit2 yang akan menyusul........







Tuesday, October 25, 2011

AKu dan Lenggung

Salam, hai kawan2 semua. sori dah seminggu x update blog nie sebab aku outstation p Kursus Bina Semangat dan team Building kat Nur Lembah Lenggung, nun jauh di perak nue..tempat dia santek, walau pun dikelilingi oleh hutan kelapa sawit......dan disitu mengalirnya sebuah sungai yang besar..ya Sungai Perak......Aku as ursuetia jer..bukan peserta.... memang meng"enjoy"kan kursus kali nie..ntahlah sebab apa..maybe sebab ____ tue kot......suasana mendamaikan......menghilangkan segala kekusutan..hahahhaha....
Bertolak pada hari ahad, jam   8.30 malam, sampai sana dalam kul 1.20 pagi..erm jauh jugak noo....sunyi do jalan masuk sana....aktiviti yang dibuat semua best tapi aku x joint sebab aku x minat..hehhehe aku takut tinggi, aku takut ayaq.....tue yang x buat apa tue, cuma aku masuk gua ja...ahha aku suka xtvt tue..




antara-antara gambar aku yang sempat disnap sebab aku asyik snap gambo orang jer..hehehhe..totally aku enjoy disana.....sebab apa..ha rahsia sebab melihatkan banyak hati dan perasaan.......

hip hip horey..

Thursday, October 13, 2011

ISteri


renungan EN. Suamiku

Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran giler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.
waaa... mana isteri ku...
Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.
fuuu.. lega..
“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..
lelaki tu pun berfikir...
Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no o
ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…
hahaha... takde yg nak marah ku...
Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...
Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.
Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ???
ingat balik..
And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!
SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..
HARGAI MEREKA!!!!!
Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”

Wednesday, October 12, 2011

Rasa

Add caption


Adakala kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukanlah sekadar untuk ketawa. Adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu betapa mahalnya airmata. Syukurlah kiranya ada yang menyakiti,kerana dia mengajar erti tabah, Syukurlah kira ada yang menjatuhkan kita kerana dia memperhebatkan untuk terus bangun. Syukurlah kira ada yang menyeksakan kerana dia mengejar erti kesabaran.

Tuesday, October 11, 2011

KAHWIN

Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan."

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata." 

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal."

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir."

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda? 

TEKANAN!!!!!!!!!!!!!

Pengenalan

Tekanan mental adalah hasil hubungan antara peristiwa-peristiwa persekitaran dengan individu. Paras tekanan yang dihasilkan akan bergantung kepada sumber tekanan dan cara individu tersebut bertindak balas. Tekanan mental adalah sebahagian daripada kehidupan harian. Ia merujuk kepada kaedah yang menyebabkan ketenangan individu terasa di ancam oleh peristiwa persekitaran dan menyebabkan individu tersebut bertindak balas. Anda boleh mengalami tekanan ketika di tempat kerja, menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, atau melalui hubungan sosial. Tekanan mental yang sederhana boleh menjadi pendorong kepada satu-satu tindakan dan pencapaian tetapi kalau tekanan mental anda itu terlalu tinggi, ia boleh menimbulkan masalah sosial dan seterusnya menggangu kesihatan anda.


Simptom

Ada beberapa gejala yang menandakan mental seseorang itu tertekan. Antara gejala tekanan mental adalah : PERASAN � Merasa bimbang � Merasa cepat marah � Merasa lemah semangat � Merasa tidak tenteram dan � Gelisah FIKIRAN � Bimbang terhadap masa depan � Kurang daya tumpuan � Menjadi mudah lupa � Fikiran tertumpu pada masalah tempat kerja � Takut gagal � Rendah harga diri TINGKAH LAKU � Tabiat merokok yang meningkat � Penggunaan alkohol dan dadah sebagai cara untuk mengurangkan masalah � Hilang selera makan atau makan berlebihan � Mudah cuai dan sering terbabit dalam kemalangan � Mudah terkejut � Bertindak secara agresif PERUBAHAN FIZIKAL � Berpeluh pada tangan dan badan � Sering rasa dada berdebar � Menggeletar, kering mulut dan kerongkong � Mudah merasa letih � Kerap kecing � Sukar untuk tidur � Masalah penghadaman seperti, loya, muntah, cirit-birit dan sembelit � Sakit kepala dan leher sakit-sakit sendi dan badan mudah diserang penyakit.


Kesan

Perubahan-perubahan besar dalam kehidupan seseorang adalah punca tekanan mental yang paling lazim. Peristiwa-peristiwa yang boleh mendatangkan tekanan mental bukan sahaja peristiwa yang negatif seperti kematian, dibuang kerja tetapi peristiwa positif seperti berkahwin, mendapat cahayamata ataupun kenaikan pangkat.


Pencegahan

Kebanyakan punca tekanan mental boleh diubah, dihapuskan atau dikurangkan. Bagaimanapun anda harus terlebih dahulu menyedari dan memahami reaksi anda terhadap tekanan. Cara-cara yang boleh digunakan untuk mengurangi tekanan mental anda : 1) Bersikap realistik terhadap pekerjaan/ tanggungjawab anda � Akui kekuatan dan kelemahan diri. � Sentiasa berfikiran positif. � Cuba melakukan yang terbaik di dalam pekerjaan. � Memupuk sikap seronok bekerja/ belajar. 2) Merancang kerja anda � Kendali masa anda dengan bijak. � Beri keutamaan pada kerja yang penting. Jangan bertangguh. � Elakkan daripada membawa kerja pulang ke rumah. Jika anda seorang pelajar, kerja rumah adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, cuba habiskan kerja rumah anda pada masa lapang di sekolah. � Mengagihkan kerja dengan baik. 3) Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah � Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik. � Senaraikan semua masalah mengikut keutamaan dan langkah-langkah mengatasinya. � Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian. � Ambil tindakan secara wajar. 4) Menerima sebarang perubahan dengan sikap yang wajar � Sentiasa bersikap terbuka terhadap apa jua perubahan yang berlaku. � Bersikap realistik terhadap segala perubahan dan mampu menerima keadaan yang di luar kawalan anda. � Bersikap positif dalam persekitaran yang mencabar. 5) Amalkan komunikasi yang berkesan � Biarlah bersikap lembut tetapi tegas daripada bersikap agresif. � Luahkan pendapat anda dengan penuh sopan, tegas dan jelas. � Hormatilah pandangan rakan anda. 6) Semaikan semangat bermasyarakat � Jalankan persahabatan dengan rakan-rakan anda. � Senaraikan individu dan organisasi yang mampu membantu anda menangani sebarang masalah. � Berkongsi masalah anda dengan mereka yang sedia mendengar dan boleh mempercayai. � Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah. 7) Amalkan cara hidup sihat � Luangkan masa untuk berehat dan bertenang. � Amalkan bersenam, pemakanan yang sihat, tidur yang mencukupi. � Jangan merokok, jauhi diri dari arak dan dadah. � Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama. Secara kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa kesihatan mental adalah terhindarnya seseorang dari gejala-gejala gangguan dan penyakit jiwa, dapat menyesuaikan diri, dapat memanfaatkan semua potensi dan bakat yang ada semaksimum mungkin dan membawa kepada kebahagiaan bersama serta tercapainya keharmonisan jiwa dalam hidup.

Monday, October 10, 2011

Rezaki Allah


Ya Allah comel nyer dak nie....anak sapalah nie kecik2 dah pegi haji @ umrah...rezeki Allah kan sape yang tahu....pagi nie aku dapat berita dari En.. Suami menyatakan ada orang ngandung then not ready to ada anak lagi sebab masalah2.....ekonomi, anak yang masih kecil, then bercadang nak gugurkan, so ada orang dtg tanya nak ke tak, so memanglah nak, segala perbelanjaan akan ditanggung, sekadar nak bela dan berkasih sayang je, bukan nak rampas terus dari dorang,...kami akan bagi tahu siapa ibu bapa dia yang sebenar...itu perancangan .sekiranya Rezeki Allah dapat lah kami anak itu..hopefully la ye...


Rezeki Allah bajet 2012 telah diumumkan, then dapat lah bonus 1/2 bulan gaji, jadilah dari xder kan....gaji pun naik skit tahun...insyaAllah KWSP boleh kuar tahun depan....rezeki Allah ....


Ber2 Ber1

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna kumampu
Kita berdua bersatu

A Shoulder to Cry On

Life is full of lots of up and downs
But the distance feels further
When it's headed for the ground
And there's nothing more painful
Then to let your feelings take
you down

It's so hard to know
The way you feel inside
When there's many thoughts
And feelings that you hide
But you might feel better
If you let me walk with you
By your side

Chorus:

And when you need
A shoulder to cry on
When you need
A friend to rely on
When the whole world is gone
You won't be alone
I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be your friend to rely on
When the whole world's gone
You won't be alone 'cause I'll be there

All of the times
When everything is wrong
And your feeling like
There's no use going on
You can't give it up
I'll help you work it out
And carry on

Side by side
With you till the end
I'll always be the one
A Shoulder To Cry On Continued

To firmly hold your hand
No matter what is said or done
Our love will always continue on


Chorus:

Everyone needs a shoulder to cry on
Everyone needs a friend to rely on
When the whole world's gone, you won't be alone
'Cause I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be the one to rely one
When the whole world's gone, you wont be alone
'Cause I'll be there
And when the whole world is gone
You'll always have my shoulder to cry on

Sunday, October 9, 2011

Tanggungjawab

ADIL
Salah satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya (isteri-isteri) ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami.
Sabda Rasulullah SAW:
(Fear) God, (fear) God in the matter of women. They are weak partners, a trust from God with you; and they are made by the divine word permissible for you.

Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Ini merupakan tunggak utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat menghayati maksud sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah rumahtangga yang banyak berlaku pada zaman ini dapat dielakkan. Suami hendaklah menjaga si isteri dan bukannya memperhambakannya walaupun disebutkan di atas sebagai mengawal isteri. Di sini, mengawal isteri bukanlah bermaksud mengawalnya sebagai hamba tetapi mengawal isteri itu daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam.


Jika sesorang lelaki itu mengahwini lebih daripada seorang isteri, bermakna suami itu perlulah bersikap adil terhadap semua isterinya. Suami hendaklah memenuhi keperluan isteri-isterinya tanpa melebih-lebihkan salah seorang daripada mereka. Suami perlulah mengaturkan jadual bermalam yang adil supaya tidak berlaku perbalahan sesama isteri dan juga dengan si suami yang akan menghalang pembentukan keluarga bahagia.

PEMIMPIN

Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.
Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya.
Firman Allah
Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya.
(An-Nisak:34)

NAFKAH
Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.
Firman Allah
"Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik."
(Al-Baqarah:233)
Suami juga hendaklah memberikan wang yang secukupnya kepada si isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri berhak untuk pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan kemampuan si suami. Si isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum. Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah.
Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri.

PENDIDIKAN

Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita perlulah sentiasa memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar isterinya.
Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini, tentulah ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya.

PELINDUNG
Si suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada si isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka sudah tentu si suami hendaklah menjaganya serta menggembirakan hatinya. Hendaklah si suami memastikan bahawa si isteri sentiasa berasa senang tanpa rasa susah hati dan sengsara:
Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka.
(at-Talaq :6)
Menurut ayat di atas juga, suami bertanggungjawab menyediakan kediaman (yakni perlindungan) kepada si isteri. Suami hendaklah memastikan bahawa keselamatan si isteri adalah terjamin. Perempuan adalah kaum yang lemah, oleh sebab itu, sebagai kaum yang berdaya, suami hendaklah menjaga si isteri daripada sebarang bahaya. Untuk mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga, rasa cinta dan kasih sayang perlulah wujud antara suami isteri. Suami hendaklah memberikan kasih sayang kepada si isteri dengan menjaga hatinya dan melayannya dengan baik.
Suami hendaklah memastikan bahawa hati si isteri tidak terluka dengan sikap si suami. Jika si isteri melakukan sesuatu perkara yang kurang disenangi oleh suami, maka si suami hendaklah bersabar dan beralah dengannya asalkan ia tidak merosakkan peribadi si isteri dan si isteri tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam.
Sabda Rasulullah SAW:
Whoever of you whose wife behaves in a disagreeable manner and he responds by kindness and patience, God will give him rewards as much as job will be given for his forbearance.
Untuk memastikan bahwa si suami dapat bersabar dengan karenah si isteri, si suami hendaklah mempunyai sikap memahami dan memaafkan. Ini adalah perlu supaya tidak terjadi perbalahan sesama sendiri walaupun punca masalah yang timbul adalah kecil sahaja. Si suami hendaklah bersabar dengan keletah si isteri, bertimbang rasa, dan memahami penderitaan yang ditanggung oleh si isteri ketika hamil, melahirkan anak dan mengasuhnya. Pada ketika inilah si isteri kadang-kadang bertindak mengikut perasaan. Oleh sebab itulah pada ketika ini, si suami hendaklah melayan si isteri dengan baik dan lemah lembut. Janganlah kerana perkara yang kecil sahaja maka si suami menengking si isteri itu. Akibatnya, rumahtangga akan menjadi goyah.
Jika terdapat kecacatan secara fizikal atau sebagainya, si suami hendaklah merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai. Apa-apa tanda yang terdapat pada tubuh si isteri, adalah menjadi amanah kepada si suami merahsiakan segalanya kerana ia boleh mengaibkan si isteri jika dihebohkan. Kita perlulah mengasihi semua anggota keluarga kita. Setelah berkahwin, semua ahli keluarga pihak si isteri akan menjadi keluarga pihak si suami. Oleh sebab itu, si suami hendaklah menyayangi keluarga pihak si isteri seperti keluarganya sendiri.

MELAYAN & MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK

Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim

Saturday, October 8, 2011

pape je lah

Bagi aku ..kehidupan nie ada suka, ada duka, ada gembira, ada bahagia.setiap orang nasib tak sama....kena yang ok tue alhamdulillah la, kena yang tak ok tue kena redha lah berdoa moga suatu hari nanti ada sinar di hujungnya. begitu jugak dengan kehidupan berumah tangga....rumah mana yang tak bergelora cuma kena ada tolak ansur...give n take...barulah aman damai...

Kita dikurniakan akal unutk berfikir mana buruk mana elok...tapi sekarang nie banyak yang bertindak membelakangkan akal....ikut nafsu semata-mata....apa nak jadi....dah sama mcm binatang lak kan bila buat sesuatu tak guna akal....binatang yelah takder akal, tapi kita manusia yang dikurniakan akal..kenape tak nak guna. macam yang duk jadi la nie.....buang anak......binatang pun sayang anak........marah betul aku dengan golongan nie, orang yang nak anak tak dapat......depa yang dapat tue buang macam sampah jer.....apesalah nya bagi kat orang ka..ape masalah...

Suka salahkan orang lain satu lagi masalah dikalangan kita...kenaper selalu kita nak salahkan orang @ tunding jari kat orang..kenapa kita tak nak mengaku sendiri kesilapan atau kesalah itu berpunca dari diri kita sendiri..

Tak pernah bersyukur dengan apa yang ada...kenape susah sangat kita nak bersyukur dengan apa yang Allah bagi..kenaper di mulut tak pernah nak kata cukup dengan rezeki Allah..sentiasa kata tak cukup.....kata orang bila kita mengucapkan sesuatu selama 44 kali, maka ianya akan jadi..umpama kita mendoakannya...lama2 Allah akan makbulkan apa yang sering kita ungkapkan tue...Allahuakbar....
 

91011

30thn lalu aku dilahirkan pada jam 1040mlm di hadapan hospital besar sungai petani, kedah..kenape aku lahir di hadapan spital, sebab menikut cerita bonda aku, sebab x sempat nak masuk dalam spital..dah nak terkeluaq sangat dah..elok2 kete sampai depan spital ayaq ketuban mak aku pecah dalam kete tue..dan nurse xsempat nak tolak katil tue ape ntah namanya......hahahha....kelakaq kan....dan korang nak taw, sampai tuan punya kete tue nak jodohkan aku dengan anak dialah..hehehehhe..tapi x jadilah..bukan jodoh kami.....
  Pejam celik-pejam celik..seb bek celik, lau pejam pejam terus, satja dah 30thn berlalu kan.....dah jadi bini orang pun...cuma lum jadi mak orang ja..duk try x jadi2 pun.........tahun depan kot  cayok...cayok....kena usaha lebih nie.....20 tahun duk kedah, 10 nie duk kl..wah dah jadi orang kl aku nie..ceh perasan lebih...... 

 Walaupun dah masuk 3 series, dah jadi somebody wife tp still kena ngorat..i proud of that, hope kekal cenggini la ...lallalallala.hope Allah berikan aku kekuatan, kesihatan, kasih sayang yang berpanjangan dan kekal ke nafas aku yang terakhir..insyaAllah

PASAR

Sepagi di pasar.............Seksyen 16, Shah Alam..,
orang punyerlah ramai...,yelah nama pun pasarkan, lau xdak orang macam mana lakkan.
Tapi aku bukan nak citer pasal orang ramai ke tak tapi nak citer pasal harga runcit yang digunakan di pasar tue. kisahnyer aku beli cendawan....skit jer pun...timbang2 nah amik RM 4.50...gilo cekik darah, 
Then mai pulak sorang minah nie nak beli cili padi, dialog dia lebih kurang macam nie lah " Cik, cili padi RM1", then pakcik tue jawab " Dik RM 1 x dapat, RM 1.50 ok"...humangai....RM 1.50 ciput tek.....hadaoi.....Kak aku beli ikan ngan udang serba skit jer RM15....

Tuelah peniaga makanan jual mahai2 pengguna marah kata mahal la apalah, sedangkan harga bahan mentah mahal, xkan depa nak juai morah, x balik modal.....berniaga apa macam tue lau x untung kan

Bajet umum pun...bukan main lagi membalas jasa rakyat, balas kot mana.,.... hat gaji ciput nie., ngan anak sekolah lagi.., makan pakai lagi.....ushh pening pala ooooo

Ermm ntahlah macam mana 10thn akan datang nie kan.....rasanRM100 tue sama dengan RM50 la nie kot., lanie bawa RM50 p pasar tgk banyak mana barang dapat, lau zaman mak aku dulu..RM 50 tue wah kaya gila dah...

Tuelahkan semakin maju zaman, semakin tinggilah taraf hidup kan...erm tu sume lumrah..sejarah tetap akan jadi sejarah...xkan berulang kembali dah....

Tapi aku yang penjawat awam nie, oklah skit....ada gak insentif yang dapat walau x banyak, hat swasta nie specially pekerja kilang nie..cian ooooo tapi xpa rezeki masing2.....Allah dah tetapkan....sama2 lah berdoa agar kita tetap terpelihara dari rezeki-rezeki yang tak berkatkan.....InsyaAllah kalau rezeki dari sumber yang diredhaiNya walau skit pun tetap cukup........

 Dengan syarat kita bersyukur dengan apa yang telah ditetapkan olehNya.....Amin

Friday, October 7, 2011

Cerita tentang mereka

Korang percaya tak dalam sepuluh orang wanita...tak semuanya wanita tulen....apa maksud aku??? korang konpius ek., mcm nie maksud aku wanita yang tak wanita sangatlah..ha yang jadi tomboy @ pengkid...aku pun heran awat yang pakat nak jadi jantan, awat dah x cukup jantan ka kat dunia...nak tambahkan lagi bilangan jantan2 kat dunia nie.

Aku meluat tgk, pompuan yang berlagak jantan nie..pakaian semua memang jantan habislah ...ala muka orang boleh kenai beb........tlglah.....yang paling kelakar.... kalau nek tren Komuter (KTM) asal nak masuk dalam tren yang khusus untuk wanita...hehhehe malulah..dah nak jantan sangat..asal x naik jer gerabak yang biasa tue....asal nak berebut2 dengan kami wanita2 yang asli nie.....hehhehe x gentle lah bro......kalau yang bawa awek lagi menyirap tengok..pegang je awek dia takut lari..ishk tolonglah sapa nak awek ko tue kami semua lurus tau (normal) ishk gelilah........

tue bab yang tomboy..., lau yang Gay lak....yang nie oklah jarang terserempak dengan aku, so aku x boleh komen la nanti marah plak orang kat aku..., 

 Berbalik ke cerita asal, yang jadi tomboy @ pengkid nie, co kembali ke asal, masih ada masa..aku rasa depa comey kalau jadi pompuan nie....dak gagah nak jadi jantan, awat mati sok tok imam ka yang mandikan, dak......makcik2 tue jugak yang mandi...nieka gagah pakai bengkung xmau nampak benda2 yang x boleh disorok tue.., amboi.....macam2......lagi buat aku heran...ada plak awek hat syok kat depa tue, pelik sungguhlah....macam lah boleh kawin.....
Aku nak minta maaf kalau ada yang terasa bukan nak tujukan kepada sesapa, nie aku buat rumusan dari pemerhatian aku selama nie., pesanan buat diri aku jugak, sesungguhnya kita diciptakan berpasanga-pasangan dengan pasangan yang bukan sama jantina, kerana Dia mahukan umat yang bersambung supaya agamaNya dapat diteruskan untuk generasi akan datang......Islam itukan Indah....so usaha indahkanlah hidup kita dengan ajaran-ajaran yang telah ditinggalkan oleh  Nabi Muhammad kita yang tersayang.....tinggalkan segala larangannya....


60 tahun

Ha ru dengaq Bajet 2012..ha kakitangan awam keje sampai umuq 60 tahun????hahha itulah kenyataan....rasa ada yang nyayuk kot tp still keje.......

ha sampai cari opis pun x jumpa...maklumlah nyanyuk..hehehhe maknanya aku kena keja lagi 30 tahun.....giler lama lagi dowh.....skunk umuq aku 30........hadoi..

Thursday, October 6, 2011

Ye ke


Bujur Sirih (wajah panjang atau lonjong dan pipinya tinggi)
Sentiasa bekerja keras,bijak menangani masalah kewangan,memiliki sikap gigih yg luar biasa,memiliki perancangan hidup yg sangat jelas,ada kalanya agak ego...

- Bulat (wajah kelihatan bulat dan sering dikaitkan nampak tembam)
Peramah,berpewatakan ceria dan santai,bijak berkomunikasi namun gemar membuat sesuatu keputusan mengkut kata hati.

- Bersegi (wajah berbentuk kotak atau kelihatan berbentuk seperti empat segi)
Aktif dan gemarkan aktiviti yang berkaitan dengan sukan, agresif dan bercita-cita tinggi,memiliki daya ingatan yang tajam namun agak lembab dalam urusan cinta.

- Segi tiga ( wajah yang dahinya lebih besar berbanding bahagian wajahnya yang lain)
Cerdik,pantas dlm melakukan sesuatu tugasan,terlalu aktif dan tidak tahu duduk diam namun agak kurang gemar memikirkan soal kesihatan diri.

Bismillah


Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.

1. Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman daripada gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.

2. Membaca 41 kali Bismillah ke telingan orang yang pengsan, Insya Allah dia akan segera sedar.

3. Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.

4. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, Insya Allah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.

5. Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu. Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, Insya Allah hidup anak yang dikandung itu.

6. Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama 7 hari. InsyaAllah dengan izinNya akan majulah perniagaannya.