Mukadimah

“Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya"

Wednesday, February 23, 2011

pengorbanan seorang isteri yang bernama Zulaikha

semalam aku menonton sebuah cerita kat tv 9 tajuknya isteriku zulaikha. aku pun xtaw citer nie berepisod atau x. tapi yang pas semalam ru tgk tue dah separuh jalan...
kisahnya padal pompuan nama zulaikha kawin dengan mamat nie.....wataknya " abang"...depa kawin atas aturan family, sedangkan pada masa tue si abang nia dah ada awek nama "adik"...bercinta dah lama, tp family x suka, so kawinkan s zulaikha nie ngan abang, dlm masa yang sama abang ngan adik nie masih meneruskan hubungan dalam diam...abang nie x penah nak sayang @ cinta bini dia..siankan tp still "memprengnat"kan bini dia....tp dia x tahu rupanya bini dia ada masalah kandungan tp dia x bagi taw laki dia, sebab dia tahu laki dia x sayangkan dia dan dia jugak tahu yang laki dia ada pompuan lain...dan lagi menyedihkan dia tahu yang laki dia berhubungan dengan adik...dia kenal adik tue....kawan ke aper ntahlah aku x taw.......yang si abang nie nak jugak kawin ngan adik ..adik nie bagi kata putus at si abang nie, lau nak kawin dengan dia kena ceraikan bini dia, so dia pun bersetuju...ciankan,,,adik nie berpikir.....ntah apa yang ia pikirkan ...dia menerima lamaran org lain.....dengan harapan abang dapat berbaik semula dengan bini dia......oneday di kedai buku, bini si abang nie bertemu adik...sedangkan bini abang nie mengekori si adik..so terjadilah pertemuan mereka.....adik nie tak taw yang kakak dia tue adalah isteri kekasih dia......dia bercerita bagai nak rak la pasai si abang nie kepada si kakak......last dia bagi taw yang dia nak putuskan hubungan dengan abang nie....sebab dah terima lamaran orang lain......dia tak taw lamaran tu datangnya dari zulaikha ...isteri abang..... suatu hari abang tersedar akan semua kesalahan dia.....dia minta maaf kat bini dia...dan hari itu adalah hari pernikahan dia dengan adik... dia x taw......bini dia yang sediakan semua...bini dia sediakan baju pengantin dia.....bayangkan betap kuatnya zulaika....masa dia tengah siapkan baju suaminya dia jatuh pengsan........doktor kata dia tak dapat diselamatkan....menangislah so abang sebab tak tahu yang selama nie bini dia ada masalah dengan kandungan dia menyesal semahunya...tapi dah terlambat zulaikha telah pergi menghadap penciptanya buat selamanya.....tapi sebelum dia pergi, dia sempat mengucapkan selamat pengantin baru untuk suaminya...ya Allah ........adakah aku sanggup buat begitu.....wa'allahu alam...........
* harap korang paham apa yang aku taip nie....hanya aku yang paham ...........tapi kalau korang tgk citer nie tentu korang paham/...

Doa-doa Harian

Dalam kehidupan seharian kita....semua perkara yang kita lakukan lebih afdal sekiranya dimulakan dengan doa...moga2 semua yang kita lakukan itu diberkati olehNya. Oleh itu, aku nak kongsi beberapa doa yang aku amalkan dalam kehidupan harian ku..........renung-renungkan selamat beramal...,

Doa Keluar Rumah :-

Ya Tuhanku ! Demi engkau aku menuju dan demi Engkau aku bergerak dan demi Engkau jugaklah aku bertolak. Ya Allah! aku moho kepada-Mu agar perjalanan ini membawa keberkatan kepadaku dan mendapat keredhaanmu serta tidak putus pula aku dari menerima rahmatMu.

Doa Masuk Rumah :-

" Salam Sejahtera kepada penghuni rumah yang Allah berkati. Ya Allah! aku mengharapkan jalan masuk yang terbaik dan juga jalan keluar yang terbaik. Aku memohon dengan menyebut namaMu ketika masuk rumah juga ketika keluar rumah. Hanya padaMu aku bertawakal dan menyerah diri.

Doa Bangun Tidur :-

" Segala puji-pujian bagimu Ya Allaj! Engkau telah menghidup dan membangukan kami kembali setelah beberapa lama Engkau tidurkan kami dalam ayunan dan buaian mimpi. KepadaMu jualah semua makhluk akan kembali nanti.

Doa di Hadapan Cermin :-

Segala puji-pujian kepada Allah SWT sebagaimana Engkau telah mencantikan diriku dan jugak akhlakku semoga Allah menjauhkan wajahku dari api neraka.

Doa menjauhkan Hutang :-

Ya Allah !, aku mohon perlindungan Mu dari dukacita dan kesedihan serta kelemahan dari rasa takut dan penindasan manusia dengan hutang

Doa Menolak Bala :-

Ya Tuhanku! aku memohon agar dilindungi dari segala macam tingkah laku dan perbuatan yang tidak baik dari nafsu yang tidak baik dari segala penyakit yang merbahaya

DOa Tawakal :-

Cukplaj hanya Allah sahaja bagiku. Tiada Tuhan melainkan Dia, hanya kepadaNya sahajalah aku bertawakal Tuhan yang memiliki kerajaan dan singgahsana yang maha Agung.

Doa Hamba yang soleh :-

Ya Allah!, berikanlah aku keupayaan untuk dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan juga kepada kedua-dua orang tuaku. Anugerahkanlah aku keampunan untuk tidak berbuat salah tetapi kebaikan dan keredhaan Mu juga yang aku harapkan serta masukanlah aku ke dalam golongan hambaMu yang soleh.

* banyakkan menyebut Lahaulawallah quwata'illabilahialililazim - berlindung kepada Allah SWT daripada kecemasa, sesuatu yang ghaib @ perkara-perkara yang kurang menyenangkan.

Wednesday, February 16, 2011

kisah mereka

- kenaper mesti bertemu setelah 6 tahun terpisah -
Dahulu cinta kita berbunga, sayang sepenuh jiwa
katamu hanyalah diriku buat selamanya...
sehingga kini ku masih sayang....
tapi mengapakah hilang dimata....
itulah kisah cintaku dan dirinya ...
kita terpisah tanpa direncana bukanlah kehendak kita
semua suratan takdir yang penuh dengan kesedihan
aku yang diajar tentang ketabahan
serta kesabaran didalam mencarimu
disini aku menyendiri susuri badai penuh liku
dan ada ruang ketika ku kebingunggan
terkapai-kapai mencari pengangan
didalam arus kehidupan...
ku yakin akan bertemu jalan penyudah...
tuhan yang lebih mengerti.....
itulah perumpamaan cinta aku dan dia
di pertemuan semusim yang lalu indahnya suasana
kehadiranmu sewangi haruman
mengasyikan perasaan ini
itulah perasaan aku pada dia
seperti mimpi perkenalan itu cuma seketika
namum didalam hati dirimu ku terkenang juga...
kisah aku dan dia
bermula pada suatu ketika..
bertemu dialam maya membawa kepada perjumpaan di alam nyata
dari situ dua hati menjadi satu..bersama menghadapi segalanya..
bahagia bersama.....gembira sentiasa, dia begitu menyayangi aku, berjanji akan bersama...tetapi takdir tuhan tiada yang tahu kami hanya mampu merancang tetapi segalanya telah tersurat yang mereka tidak ditakdirkan bersama
walaupun dia terlalu menyayangi aku tetapi keluarga lebih utama......
dan aku.....melewati hari-harinya tanpa dia..
hidup dalam kenangan dia.....cuba mencari yang lain tetapi..
adakah sama cinta yang dihulurkan...walau sama tapi tetap tak serupa..
aku mencari dan terus mencari...hingga aku akhirnya kalah dalam pencarian itu
dan akur juga pada pilihan keluarga...kini aku dan dia terlalu jauh terpisah masa dan keadaan..
tapi kini setelah 6 tahun berlalu kami di temukan semula pada tarikh 14 Februari ...pada ketika insan lain menyambut Hari kekasih .....indah bukan pertemuan itu....ternyata dia masih tidak melupakan aku..begitu juga aku....tapi kami ditemukan dalam keadaan yang berbeza...tp perasaan tetap sama.....Ya Allah.....ampunkan kami..tapi hanya kerana kami hambaMu yang dhaif perasaan itu tetap tidak dapat mereka jauhkan......
Ya Rahim...,
tetapkan hati kami pada apa yang telah kau kurniakan.....
Kau kekalkanlah ukhwah antara kami di dunia dan di kehidupan yang abadi
terima kasih Tuhan kerana temukan kami......

TRAGEDI FEBRUARI...

Kejadian..,
pagi tadi yang amat menyakitkan
aku tersepit pintu keta....
Ya Allah sakit tak terkata...
tiada air mata yang mampu aku alirkan
bengkak serta merta...pecah ke darah...pi kinik
doktor bagi ubat tahan sakit..
ubat demam takut aku demam....
aku kan memang tak tahan sakit,
tapi memang sakit sangat..
adoyai tapi nak buat mcm mana
dah tersuratkan..
apa yang akan terjadi kat aku
itulah Allah sayangkan aku
sentiasa uji aku ngan mcm2 dugaan
aku bersyukur kerana Allah sentiasa memerhatikan aku
itu tandanya dia x pernah lupakan aku..
tp sebagai hamba ada ketikanya aku terlupa akan Dia...
ya Allah ampunkan aku...janganlah kau palingkan aku dari perhatian Mu Ya Rabbi.....

Titip Pada Laut

pesanku dari jauh,
suarakan pada ombak, tak perlu terlalu resah
keran setiap geloranya adalah cerita kelukaan hidup,
biacarakan pada pantai, tak perlu selalu berubah
kerana yang setia itu lebih dihargai
bisikan pada bayu, tak perlu terlalu membelai
bimbang kasih sayangnya tiada yang menilai
rayu pada camar, tak perlu terbang jauh
kalau yang dekat lebih bermakna
titip pada salam laut, katakan aku teramat rindu
pada segala keindahan milik peribadinya...
siapa...???? lelaki itu..
ya dia..........kekasih hatiku.....

KESEJAHTERAAN

- orang istimewa bukan selalu di depan mata, yang sentiasa disisi tetapi... dia yang setia di hati &diingati dalam setiap bisikkan doanya. Jika hati sejernih air, jangan di biarkan ia keruh. Jika hati seputih awan, jangan biarkan ia mendung. Jika hati seindah bulan, kekalkan ia dengan iman. Jika hati seputih kapas cucilah ia dengan zikirulah-

Ya Allah,
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku,
bawalah dia jauh dari pandanganku
luputkanlah dia dari ingatan dan hatiku,
dan peliharalah aku dari kekecewaan
serta Ya Allah Yang Maha Mengerti
berikanlah aku kekuatan
melontar bayangnya jauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah
agar aku bisa bahagia walau
tanpa bersama dengannya.

Ya Allah,
Yang Maha tercinta
gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah ya tuhanku,
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
adalah yang terbaik buatku
kerana Engkau maha mengetahui
segala yang terbaik buat hambamu

Ya Allah,
cukuplah Engkau sahaja
yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat
dengarkanlah rintihan dari hambamu yang dhaif ini
janganlah Engkau biarkan aku sendirian
di dunia ini mahupun akhirat


Tuesday, February 15, 2011

RIndu

Rindu..
rindu bertandang lagi kekasih, pada musim2 bersamamu
setelah sekian lama perasaan ini tidak hadir..
kini perasan itu dtg lagi...
kalau dtg saja x pa..nie mengakibatkan aku jadi tak keruan
aku x suka....
tp nak buat mcm mana?
aku dah cuba untuk meng"ignore"
tp x boleh..
ishk..tlglah pergi jauh2 jgn kacau aku...
aku x suka
nak buat keje x boleh
nak makan x boleh
nak tido x boleh...
Ya Allah...tlglah aku..
hati aku berdebar2..
seolah2 aku dialam percintaan..
ya memang aku dialam percintaan
percintaan dengan suami aku....
tapi kenaper kini baru perasaan rindu ini datang .......
dtg dalam erti kata yang teramat..sedangkan sebelum nie
selalu aku merinduinyer....
pelik.....memang pelik......
tapi aku bersyukur padaNya
kerana aku dipilih untuk merasai perasaan itu..
kerana tidak semua orang yang terpilih
untuk merasai perasan itu..terima kasih

Terima kasih Ya Allah.........

Sekadar Salam

Salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW............
Semalam kita menyambut Hari Keputeraan Junjungan Besar kita.....
Setelah wafatnya Baginda..adakah kita sebagai umatnya menyambung perjuangannya ..
tetapi apa yang terjadi kini adalah sebaliknya
banyak sangat umatnya yang tersasar dari landasan yang sebenar....
kenaper.....jadi begitu??
Aku jadi takut mengenang apa nasib anak-anak aku nanti..
sekiranya generasi sekerang tidak berubah ...
berpandulah kepada kitab Al-Quran dan sunnah yang baginda tinggalkan kepada kita
sebagai panduan dalam menjalani kehidupan harian..
Wallahualam........renung2kan selamat beramal...

Tidakkah kita berasa gerun melihat balasan2 yang telah Allah turunkan kepada sahabat2 kita di negara jiran kita yang ditimpa bencana...sedarlah ....
p/s...pesanan untuk diriku jua....