Mukadimah

“Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya"

Tuesday, February 14, 2012

YEKE.....

Proses pengambilan anak angkat sebenarnya adalah amat senang namun tanpa sedikit pengetahuan ia akan merumitkan malah boleh menjerumus kita kepada kesalahan yang tidak sepatutnya berlaku. Anda boleh mendapatkan anak angkat dalam pelbagai situasi;
1) Mengambil anak daripada saudara-mara sendiri
2)Mendapatkan anak angkat daripada kenalan
3)Mendapat anak angkat daripada pusat perlindungan wanita/remaja.
4)Mendapat anak angkat daripada negara luar seperti yang pernah berlaku sebelum ini ramai mendapat anak angkat daripada negara Bosnia atau Palestin yang sedang bergolak.
5)Mendapat anak angkat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
6) atau mendapat anak angkat daripada kegiatan jual beli bayi........

Dari manapun anda mendapat anak ini perkara pertama anda harus lakukan ialah, pastikan latar belakang bayi atau kanak-kanak tersebut dahulu bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku kelak.
1)Pastikan bayi atau kanak-kanak tersebut datang daripada sumber yang sahih dan jelas.Tiada unsur jualbeli dan jenayah di sebaliknya. Jika anda menjumpai bayi dibuang laporkan segera kepada polis dan jangan menyimpan bayi tersebut bagi mengelakkan sebarang masalah.
2)Pasti tahap kesihatan bayi atau kanak-kanak tersebut bagi memastikan anda tidak menerima bayi atau kanak-kanak yang berpenyakit atau mempunyai kecacatan.
3) Pastikan bayi atau kanak-kanak itu mempunyai pendaftaran kelahiran yang sah. Jangan mengambil bayi atau kanak-kanak yang tiada sijil kelahiran kecuali ibunya masih ada. Agak sukar untuk mendaftarkan kelahiran tanpa bukti kukuh seperti adanya ibu kandung .
4)Setelah semua berada dalam keadaan baik, dapatkan satu consent daripada ibu kandung berkenaan dengan membuat satu surat akuan bersumpah dihadapan pesuruhanjaya sumpah. Anda juga boleh dapatkan akuan penyerahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara.
5) Laporkan juga di Jabatan Kebajikan Masyarakat sebaik sahaja anda menerima bayi dengan tujuan untuk dijadikan anak angkat.

Apa akan berlaku selepas itu?
Sekiranya anda seorang Muslim, mengikut Akta Pendaftaran Pengankatan 1952 anda perlu menjaga seorang bayi atau kanak-kanak selama tempoh 2 tahun sebelum memohon untuk menjadikannya anak angkat yang sah. Pendaftaran anak angkat melalui Akta Pendaftaran Pengankatan ini tidak  menghilangkan hak ibubapa kandung terhadap anak tersebut sepertimana yang sepatutnya.
Apabila cukup 2 tahun anda perlu pergi semula ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk proses permohonan sijil pengankatan yang sah. Sekiranya dokumen anda lengkap dan tiada tuntutan daripada pihak ibubapa kandung, JPN akan mula memproses permohonan anda. Namun sebelum itu mereka akan memohon supaya Jabatan Kebajikan Masyarat menyediakan satu laporan mengenai keadaan sosial keluarga pemohon. Laporan ini bertujuan untuk mengetahui latar belakang pemohon dan sealan itu memastikan kanak-kanak dijaga dengan baik dan tidak berlaku sebarang penderaan, pengabaian atau perkara tidak sepatutnya berlaku kepada seorang kanak-kanak. Jika laporan anda negatif  kemungkinan besar permohonan anda boleh ditolak oleh panel JPN dan kanak-kanak akan diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dikembalikan kepada keluarga asal. Ini adalah worse case scenario. Sekiranya semua berjalan lancar, permohonan anda akan diterima dan anda akan diberikan sijil pengankatan yang sah.


Masalah yang biasa dihadapi oleh pemohon...
1)Kekurangan pengetahuan- mengambil anak angkat tanpa memeriksa latarbelakang, ketiadaan sijil daftar kelahiran dan tiada akuan bersumpah.
2)Sengaja melengah-lengahkan proses permohonan anak angkat.
3) Kehilangan dokumen penting seperti surat beranak atau surat akuan bersumpah.
4)Anak diambil secara tiada persetujuan bersama- ibubapa kandung menuntut kembali anak dalam tempoh jagaan 2 tahun.
5) Melakukan pengabaian dan penderaan terhadap kanak-kanak.
6) Terlibat dalam kes jenayah dan terjerumus kepada masalah kewangan yang serius.

Tanggungjawab anda tidak tamat selepas mendapat sijil pengankatan bayi atau kanak-kanak tersebut. Malah menjadi semakin berat untuk anda galas tanggugjawab ini bagi menjaga amanah yang diberikan. Selain kasih sayang , ekonomi, perancangan masa hadapan kanak-kanak juga harus difikirkan dengan sebaik-baiknya. Pastikan anda mengikuti segala prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan dalam proses pengambilan anak angkat sekiranya tidak mahu timbul masalah di kemudian hari. Prosedur yang digariskan diatas adalah untuk kes permohonan anak angkat seperti dibawah Akta Pendaftaran Pengankatan 1952 dan terpakai kepada pemohon beragama Islam dan boleh juga digunakan oleh orang bukan Islam. Sekian.
p/s- ini bukan nasihat secara profesional dan anda digalakkan berjumpa dengan pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarat untuk mengetahui lebih lanjut tentang proses ini.

No comments: