Dizaman moden nie, kita dah jarang menggunakan peribahasa dalam percakapan harian kita. Anak2 muda sekarang pun dah x tahu peribahasa-peribahasa yang selalu digunakan oleh orang-orang terdahulu, So aku senaraikan peribahasa-peribahasa yang jarang kita dengar. renung-renungkan selamat membaca:-
Orang yang berada dalam keadaan yang sangat sukar atau bahaya.
Orang yang ditahan oleh pengganas itu berada dalam keadaan bahaya. Mereka boleh dibunuh bila-bila sahaja. Nyawa mereka sperti di hujung tanduk.
Makna: Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa.
Sama erti: Bagai bertandang ke rumah janda.
Contoh: sudah hampir dua jam Encik Abu berbual dengan Encik
Ramli, tetapi belum ada tanda-tanda encik Ramli hendak
mempelawanya minum. Sehinggalah ia membuat keputusan untuk
balik, secawan air pun tidak dihidangkan. Keadaan yang dialami
oleh Encik Abu bagai ayam naik ke surau.
Makna: Seseorang yang bercakap tinggi tetapi keluarganya dalam
kemelaratan.
Sama erti: 1. Membasahkan garam sendiri. 2.Buah kedempung, di
luar berisi di dalam kosong.
Contoh: Sentiasa memberi nasihat dan cadangan, tetapi dia sendiri
tidak amalkan hinggakan keadaan kehidupan keluarganya tidak
sempurna. Caranya ini bagai ayam si tombong, kokok
berderai-derai, ekor bergelimang tahi.
Makna: Sangat ketakutan.
Sama erti: 1. Malu berani, mati takut. 2. Pelandok di cerang
rimba. Dalam ketakutan dan gelisah. 3. Jiwa bergantung di
hujung rambut. 4. Bagai kambing dalam biduk.
Contoh: Keadaan Seman bagai ayam kecundang kerana ia juga
terlibat dalam kes pengedaran dadah di kampung tersebut. Ia
berasa takut kerana polis sedang membuat penyiasatan pada kes
tersebut.
Makna: Orang yang gemar dipuji.
Sama erti: 1. Ditanam tebu di telinga, berkembang bunga raya di
muka. 2. Lemak manis pada dialah, pahit maung pada orang.
Contoh: Semua kerja yang telah dilakukan oleh beliau, pasti akan
diheboh-hebohkan kepada semua rakan- rakannya. Tindakannya
supaya ia mendapat pujian. Sikapnya bagai bajak wangkang makan
diangkat.
Makna: Orang gemuk yang malas bergerak.
Sama erti: 1. Seperti badak berendam. 2. Seperti sumpit abu
ditegakkan. 3. Bagai sumpit dientakkan.
Contoh: Banyak tugasan yang belum disiapkan oleh Tina kerana dia
asyik tidur sahaja bila di dalam bilik. Badannya yang gemuk dan
malas ini menjadikan ia digelar bagai balak terendam.
Makna: Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua belah pihak.
Sama erti:
Contoh: Ahmad dan Aminah telah lama bercinta dan mereka telah
bersetuju untuk berkahwin. Malangnya hajat mereka tidak
dipersetujui oleh ibubapa mereka. Ini menyebabkan mereka lari
untuk pergi berkahwin di tempat lain. Tindakan mereka bagai
belacan dikerat dua; yang pergi busuk yang tinggal anyir.
No comments:
Post a Comment