Mukadimah

“Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya"

Monday, November 28, 2011

Awal Muharram

1 Muharram detik permulaan, permindahan Nabi dan Umat Islam dari Kota Mekah ke Kota Madinah, atas keyakinan dan iman yang tgeuh kaum muhajirin dan ansar bersatu rela berkorban harta dan nyawa demi menegakkan islam...Sekali lagi bahkan saban kali setiap tahun peristiwa besar ini mengingatkan umat Islam tentang kesabaran berjuang akhirnya diberi kemenangan oleh Allah swt. Andai kata Rasulullah saw hendakkan wanita, harta dan pangkat semata-mata dalam perjuangannya, maka isterinya Khadijah ra adalah seorang hartawan lagi cantik rupawan. Baginda saw pula adalah keturunan bangsawan Quraisy, dari kabilah tertinggi, Bani Hasyim. Cukup sekadar itu dan tak perlu bersusah payah difitnah dan dianiaya hingga akhirnya terpaksa berhijrah meninggalkan segala kenangannya di Mekah. Ini peringatan untuk mereka yang tidak ikhlas dalam perjuangan, agar wanita, populariti dan harta bukan menjadi matlamat tersembunyi yang bersarang di hati. Jika ada walau sedikit, buangkan segera sebelum kita dibuangkan dari saff para Pendakwah yang hakiki oleh Allah swt dan oleh perangai kita sendiri.

Itu dikira pada zaman Rasullullah...tp zaman sekarang macam mana..aku tgk anak muda la nie...aku gerenti ada yang tak perasaan dah masuk tahun baru Islam kan..yg tau tahun omputih jer...ermm apa pun x boleh....so apa azam korang......erm aku cuma nak jadi seorang hamba yang taat pada perintahNya saja..harap2 dah x lalai lagi la.....

Aku tgk muda-mudi la nie.......buat aku jadi seram ja...bukan nak kata aku baik..tak...cuma bila aku tgk depa tue aku risau apa akan jadi pada anak-anak kita nanti kalau muda-mudi sekarang x buat samting untuk mempertahankan hak-hak keistimewaan kita sebagai orang islam..........Aku takut kita nanti menumpang dinegara sendiri ja......Nauzubillah...

Semakin hari semakin merunsingkanlah kadar kesosialan budak melayu la nie. 
cth :-
1)  semalam masa aku nak tunggu bas nak balik kl, di stesen bas nie..aku ngan en. suami duduk atas kerusi kat tepi tasik niekan....sambil makan2 sementara bus sampai.....kami tgk adalah sepasang kapel nie...duduk bergembira bermadu kasih dibawah pokok..amboi mesra, tak pikiaq orang keliling.......

2) AKu dah sampai kl, nek tren nak balik umah, sampai kat stesyen Hang Tuah, naiklah 3 orang anak muda (2 lelaki 1 pompuan) memekak dalam tren subhanallah..tak maluka.......yang pompuan tue jagalah skit adab-adab sebagai pompuan...dalam tren boleh duk bergelak.....bercakap kuat2....kata2 yang keluaq dr mulut dia semuanya yang x elok......tak nampak langsung tokoh2 pemimpin masa depan.....erm apa nak jadi....

* renung2kanlah wahai kawan-kawan ....apa akan jadi kat masa depan anak2 kita...cucu kita nanti.....kalau kita tidak pertahankan apa yang kita ada sekarang....tepuk dada tanya minda

No comments: