Mukadimah

“Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya"

Wednesday, November 30, 2011

Cerita Tentang Hati


Sesungguhnya, aku tak pernah memerlukan alasan untuk merasa bahagia. Hidupku cukup, tidak berlebih, hanya cukup & aku bahagia. Hingga di hari pertama dia tiba di pintu gerbang kehidupanku, bahagia seakan tak pernah pergi dari langitku.
Wahai hati..bersabarlah mengharungi semua ini..., terimalah ini sebagai dugaan, cubaan dikala berjauhan., kadangkala berjauhan ini mengajar kami erti sebuah kerinduan, lebih rasa sayang, lebih menghargai satu sama lain. 
Walau kadangkala ribut melanda jua kerana kedaifan kami sebagai khalifah dimuka bumi..kadangkala tewas dengan pujuk rayu syaitan dan iblis yang sentiasa menghayut.....
Moga apa yang aku kecapi ini kekal menjadi milik kami.....moga Dia kurniakan kami dengan seorang khalifah sebagai penyambung kembara ini...Bersabarlah wahai hati.....sesungguhnya Dia telah tentukan apa yang terbaik buat kami.

No comments: