Solat merupakan antara kewajipan paling penting dalam kehidupan umat
Islam. Nabi SAW diisrakkan ke langit untuk menerima perintah solat.
Solatlah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Oleh yang
demikian, marilah kita sama-sama baiki mutu solat kita. Maksud hadis:
“Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak.” (HR Thobrani)
Berikut merupakan kesalahan-kesalahan solat yang tidak kita sedari,
berdasarkan hasil pembelajaran dan kajian saya selama ini. Semoga post
kali ini memberi manfaat kepada kita, insya Allah…
- Tidak berdiri lurus. Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan
salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit
tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri
lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka
boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan!
Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan?
Perkara ini terkecuali sekerinya seseorang itu memang betul-betul tidak
mampu untuk berdiri
- Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir
dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz
takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di
mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain
itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh
juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan
suara angin (seperti suara orang berbisik).
- Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah. Al-Fatihah merupakan RUKUN
QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid
yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan
suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.
- Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud. Kadar
minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “subhanallah”.
Maksud hadis:
“Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri
dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana caranya mencuri solat itu
wahai Rasulullah?”
“Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” (HR Ahmad)
- Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas
lantai. Tujuh anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan
hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki
(ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh
tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2
lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).” (Muttafaqun ‘Alaih)
- Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara
kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak
menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul
kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan
dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat
sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di
dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang
hak.
- Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau
melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh
membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ
(assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut
“asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ
kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada
ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati
juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun
qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid
yang betul.
- Tangan berayun-ayun semasa i’tidal. Pergerakan anggota besar 3 kali
berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka
sangat ayun tangan semasa i’tidal, yang macam buayan tu.
- Tidak berhenti seketika, yakni i’tidal selepas rukuk.
- Dada berpaling dari kiblat
No comments:
Post a Comment